Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Ara Johari yang baharu saja tampil dengan lagu Sumpahan Salju menunaikan janjinya untuk berkongsi 'cover' lagu Ku Ikhlaskan yang dipopularkan oleh usawahan Datuk Seri Vida.
Menyanyikan lagu berkenaan dengan menyelitkan identiti sendiri serta menyuntik susunan muzik baharu membuatkan karya berkenaan memberikan 'feel' berbeza ketika mendengar dendangannya.
Berkongsi video nyanyian semula lagu itu di saluran YouTube miliknya semalam, sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan berada pada nombor 8 sohor kini di platform muzik tersebut.
Tidak keterlaluan andai Ara dianggap sebagai salah seorang penyanyi yang berbakat besar dan mampu mencipta kejayaan tersendiri suatu hari nanti. Vokal dan suaranya mempunyai keunikan serta keistimewaan tersendiri.
Muzik video Sumpahan Salju, single baharu Ara dilancarkan dua minggu lalu. Bagaimanapun, nampaknya 'cover' Ku Ikhlaskan lebih mendapat perhatian daripada peminat industri muzik tempatan.
Ramai yang memuji keupayaan wanita itu menyanyikan semula lagu berkenaan dan menganggap Ara adalah seorang penyanyi yang boleh menyampaikan pelbagai genre lagu.
Malahan, ada juga netizen yang mencadangkan agar Vida selepas ini fokus pada penulisan lirik untuk penyanyi sedia ada. -CARI
|