CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Lakonan Hairul Azreen, The Assistant Ke Itali

26-3-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2075| Komen: 2

Filem arahan Adrian Teh, The Assistant disenarai pendek untuk bersaing dalam Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali pada 22 April ini.

Filem aksi thriller itu bakal membuat tayangan perdana di festival berkenaan, selain julung kali dipertontonkan pada festival filem antarabangsa.

Adrian yang juga pengarah filem Paskal, Wira dan Pasal Kau berkata, pencapaian itu cukup bermakna serta menyifatkan semangat berpasukan menjadi tunjang filem The Assistant berjaya.


Foto: IG

"Sebagai pembikin filem, saya bangga kerana ini adalah pengiktirafan terhadap hasil kerja kami. Saya ingin berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan diberi.


"Saya cukup menantikan tayangan perdana itu. Saya berharap penonton di Udine akan suka dengan filem ini. Kejayaan tidak akan dicapai tanpa kerjasama dan komitmen padu daripada pihak produksi filem terbabit. Tanpa usaha anda semua, kita tidak mampu menghasilkan filem unggul," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Malaysia International Film Festival (MIFFest), Joanne berkata, pihaknya teruja dan melihat peluang itu satu anjakan besar dalam industri perfileman negara.

"Saya benar-benar teruja apabila dimaklumkan FEFF di Itali bahawa filem The Assistant disenarai pendek dan bakal dipertontonkan pada tayangan perdana di platform antarabangsa.

"Membawa filem Malaysia yang cemerlang memasuki visi industri filem antarabangsa sudah menjadi misi MIFFest selama ini.

"Ini adalah tahun pertama MIFFest dan FEFF bekerjasama. Kami harap kerjasama ini dapat membawa pencapaian baharu kepada industri perfileman dan televisyen di Timur dan Barat," katanya.

The Assistant dibintangi Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie Alaudin, Henley Hii dan ramai lagi itu menelan belanja RM6 juta.

Projek terbabit hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures. Ia bakal menemui penonton di Malaysia pada 19 Mei ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 26-3-2022 03:36 PM
Makin kembang kuncup kembang kuncup laaaa yeeee
Quote annadonna 26-3-2022 03:49 PM
Maka kejap lagi bergentayanganlah puak anti Hairul Azreen dalam ni grab popcorn

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.087192 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top