Diberi penghormatan merakamkan lagu yang sepatutnya dinyanyikan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin berjudul Sudah, penyanyi Nikki Palikat menyifatkan pemilihan tersebut merupakan satu tanggungjawab besarnya.
Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat berkata, merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya Naim Daniel itu bukan satu tugas yang mudah kerana demi mendalami maksud dan mesej, dia terpaksa ‘mengikat’ tangan dan berbalut dalam comforter (selimut tebal). “Lagu Sudah ini lebih daripada sekadar nak ‘tayang’ vokal. Sebagai seorang penyanyi, tugas saya adalah untuk menyampaikan cerita melalui penghayatan emosi.
“Sebelum masuk studio rakaman, saya banyak buat eksperimen. Saya kan anak teater. Jadi, saya sampai ikat tangan dan siap bungkus diri dalam comforter sambil menyanyi nak tengok hasilnya bagaimana. “Menyanyi bukan sekadar melontarkan lirik dan disebabkan itu, saya buat semua itu nak dapatkan ‘feel’ yang tepat untuk lagu yang dirakamkan,” katanya yang ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran single Sudah di ibu negara.
|
ADVERTISEMENT