View: 1525|Reply: 9
|
Nikki Palikat Terpaksa Ikat Tangan, Berbalut Dalam Selimut Untuk Nyanyi Lagu Arwah Siti Sarah
[Copy link]
|
|
Diberi penghormatan merakamkan lagu yang sepatutnya dinyanyikan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin berjudul Sudah, penyanyi Nikki Palikat menyifatkan pemilihan tersebut merupakan satu tanggungjawab besarnya.
Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat berkata, merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya Naim Daniel itu bukan satu tugas yang mudah kerana demi mendalami maksud dan mesej, dia terpaksa ‘mengikat’ tangan dan berbalut dalam comforter (selimut tebal).
Foto: IG
“Lagu Sudah ini lebih daripada sekadar nak ‘tayang’ vokal. Sebagai seorang penyanyi, tugas saya adalah untuk menyampaikan cerita melalui penghayatan emosi.
“Sebelum masuk studio rakaman, saya banyak buat eksperimen. Saya kan anak teater. Jadi, saya sampai ikat tangan dan siap bungkus diri dalam comforter sambil menyanyi nak tengok hasilnya bagaimana.
“Menyanyi bukan sekadar melontarkan lirik dan disebabkan itu, saya buat semua itu nak dapatkan ‘feel’ yang tepat untuk lagu yang dirakamkan,” katanya yang ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran single Sudah di ibu negara.
Nikki, 37, tidak menafikan berasa gerun apabila mengetahui bahawa Sudah merupakan karya yang diharapkan Siti Sarah untuk singgah ke Anugerah Juara Lagu (AJL)
“Saya dapat lagu ini ketika peringkat awal Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Pihak Indigital datang ‘approach’ (mendekati saya).
“Saya macam gerun kerana lagu ini yang arwah target untuk masuk AJL dan tambahan pula, Naim Daniel yang tulis dan kita semua sedia maklum, Naim bukan jenis komposer senang-senang bagi lagu pada orang.
“Tapi, saya percaya Sarah mahukan saya nyanyi lagu ini dengan interpretasi dan gaya saya sendiri. Ini lagu terakhir yang Sarah nyanyikan walaupun hanya dalam bentuk demo. Tiada rezeki, tinggal nak masuk studio dan vokal sahaja.
“Shuib pun merestui (saya nyanyi) dan ini adalah tanggungjawab besar dan akan saya lunaskan sebagai mungkin,” ujar Nikki.
Sekadar info, Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun disebabkan komplikasi Covid-19 Ogos tahun lalu namun sempat melahirkan bayi lelaki, yang merupakan anak keempatnya, Ayash Affan. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau ikutkan, nampak macam lama jugak Arwah Sarah peram lagu ni kan.
Sebab kalau tengok video arwah menyanyi tu, orang yang main keyboard tu arwah Lok U. Lok U meninggal januari 2020 kot, sebelum covid mengganas lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduii tembus terus ke jiwa lar lagu ni. Dua-dua pon sedap nyanyi. Dua-dua aku suka. Dua-dua nyanyi pon bleh buat aku rasa sedih. Eh sudah sudah sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia mmg bentuk edgy camtu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg x hbs2 psl ni
Nk promo biar lh ade class dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, melodi tak best. Apebenda AJL materials. Sampai la tak melekat. Nikki pun takde aura |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ni mcm tak sampai gitu.
mcm ada lirik2 yg perlu ditambah lagi,ibarat mkn nasik lauk kampung tapi xde sambal tempoyak |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan wei x habis2 modal sedih arwah SS.. Cukuplah.. Sesuai dgn tajuk lagu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg buat pun naim daniel chuolsss nak harapkan apanya muzik hadek2 bbnu laah jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai gitu sekali nak feel punya pasal?
but iols dengar feel mcm tak sampai..tak bikin merinding gitu...
mungkin kalau arwah yang nyanyi lagi best kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|