Seorang wanita kantoi mencuri sebuah topi keledar di hadapan sebuah pasar raya apabila tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Video tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cik CT yang berharap pencuri berkenaan memulangkan semula topi keledar milik pekerjanya. Menerusi video pendek dikongsi, kelihatan seorang wanita berjalan keluar menuju ke keretanya sambil membawa barang yang dibeli dari pasar raya berkenaan. Selepas menyimpan barang-barang tersebut di bahagian belakang dia kembali ke bahagian depan pemandu.
Namun, selepas beberapa saat masuk ke dalam kereta, dia tiba-tiba keluar dan ‘mengambil’ topi keledar berwarna putih yang diletakkan pada sisi cermin motosikal berkenaan. Ekoran itu, pengguna Facebook berkenaan meminta individu terbabit memulangkan semula topi keledar berkenaan sebelum aksinya itu ditularkan. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan info lanjut mengenai kejadian ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain. Sumber: OHBulan
|
Artemesiaa replied at 25-3-2022 03:58 PM
Dah masuk kereta baru dia rembatkan mesti dia sempat call sapa2 tanya nak helmet ke tak.
ADVERTISEMENT