CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gayakan Tudung Fauziah Nawi, Netizen Kecam Jurugaya Lelaki Tak Jaga Batas

25-3-2022 11:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4396| Komen: 20|Original author: tatod


Tiga hari lalu, Pejoy Yahaya yang bertanggungjawab sebagai penata gaya di lokasi penggambaran drama Nenda memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya yang sedang menggayakan tudung yang dipakai oleh aktres veteran, Fauziah Nawi.

Walaupun ia adalah sebahagian daripada tugasnya yang menjaga gaya penampilan pelakon berdasarkan watak serta babak, pun begitu tindakannya membetulkan tudung terutama pada bahagian dada pelakon wanita itu disifatkan sebagai tidak menjaga batas.

Ruangan komen pada perkongsian berkenaan dipenuhi dengan teguran serta kecaman terhadap dirinya yang sepatutnya arif mengenai batas antara wanita serta lelaki yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah.



Menyedari sebahagian besar maklum balas diterima adalah luahan rasa kurang senang melihat perkara itu, Fauziah tampil menjelaskan sekali gus mempertahankan Pejoy.

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh Pejoy di akaun TikTok miliknya, Fauziah memohon maaf sekiranya perkara berkenaan telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Stylist dan make-up artis ini selalunya lelaki. Jarang dapat perempuan. Dah mereka yang dapat job ini, saya sebagai pelakon tak boleh nak cakap apa. Walaupun mereka lelaki tetapi mereka tahu jaga adab. Dah tersentuh tu nak buat macam mana.



"Tak tahulah nak cakap apa. Minta maaflah kalau itu menyinggung perasaan semua orang. Saya minta maaf," katanya yang turut disarankan agar memakai tudungnya sendiri bagi menjaga batas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 25-3-2022 12:29 PM
nampak uzur plak dia...padahal takde la tua mana...ke mekap buat dia nampak gitu?
Quote bintangct 25-3-2022 01:39 PM
jwpn pelakon biasa la cliche
Allah dh tetapkan peraturan jd terpulang pd kita nk taat atau tak je
tp kalau setakat pakai tudung tu kenapa xboleh pakai sendiri? kalau pakai baju boleh je pakai sendiri..
melainkan kalau tudung tu susah nak digayakan bolehlah mintak tlg kat stylist
Quote bulalof 25-3-2022 02:25 PM
org yg berlakon ni tau ke hukum hakam ni semua? kah kah kah.........
Quote Zack8hunter 25-3-2022 06:33 PM
knp muka nenda mcm menganj*ng netizen jer kt hujung2 video tu
Quote doubleharmonic 25-3-2022 06:45 PM
zizan nin tersenyum sinis

[youtube]FMqvWVgqNBc[/youtube]
Quote lattehazelnut 25-3-2022 06:51 PM
I tgk biasa je.. dia tarik tudung tu.. ke minit brp usik tetek?
Quote Suchi 25-3-2022 07:27 PM
Skrg semua netizen akan pertikaikan. Jd takleh nak kata apa laa terima jelaa takpun takyah post. Dia post maybe utk portfolio dia.

Maybe pasnih ibu boleh bawak stylist n mua sendiri. Sbb ada kan pelakon yg bawak sendiri.
Quote imanda 25-3-2022 09:23 PM
kdg kalo i tgk bts mekap or wardrobe mmg pon stylist jantan selamba je pgg or touch up bhgn2 bdn pmpn dada, blkg bdn, kaki or montot sb nk letak mekap atau betulkan pakaian, drg mmg dah biasa kan mcm tu..wpon sbg org melayu rs rengsa la jugak tapi dah mmg kje drg lingkungan mcm tu..alasannya sb jantan stylist byk kemayu so xbnapsu gitu huhu
Quote mamajawie 25-3-2022 11:26 PM
Halah3, apa stylist tu terinzal ke lepas pegang2 nenek tu?jangan la over sangat yachh..tah2 mekap retis tu adek2
Quote awanearisu 26-3-2022 12:00 AM
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
Quote awanearisu 26-3-2022 12:02 AM
Masalahnya finalis PU pun isterinya menggunakan khidmat jurugaya lelaki.
Quote makadek 26-3-2022 12:14 AM
Semua benda nk rengsa
Quote MsCinderella 26-3-2022 12:19 AM
Edited by MsCinderella at 26-3-2022 06:20 AM

Deleted>>>>>
Quote Perawankota 26-3-2022 03:01 AM
Apa nak buat.. Industry tu mmg byk di conquer oleh kaum2 dia...
Quote nmi 26-3-2022 10:24 AM
Alahai artis2 berhijab Kita Yang muda2 manis2 smua mostly stylist mereka lelaki yaa..mmg diorang yng pakaikan Tudung..
Quote rayna_raynes 26-3-2022 09:59 PM
Suchi replied at 25-3-2022 07:27 PM
Skrg semua netizen akan pertikaikan. Jd takleh nak kata apa laa terima jelaa takpun takyah post. Dia ...

Kalau payment per episode lebat macam Fazura/Fasha/Mira/Intan bolehlah bawak stylist sendiri
Bayaran ibu Fauziah ni bukan tinggi. Level barely scraping je dengarnya. mana ada bajet upah stylist sendiri. pakai je la siapa production hire


Di malaysia makin tua pelakon makin kurang harga. kecuali jadi watak utama. Tp skrg kebanyakan pelakon veteran memang jatuh watak pembantu je


Quote she 26-3-2022 11:00 PM
Hahahaha korang ni
Memang skema eh dengan donia retis?

Kemon lah
Dekat shooting set tu
What happened there stay in there
Crew ni adalah orang paling banyak simpan rahsia retis
Retis mabok merokok sapdadah buka tudung berkemban
Bulu ketiak pun dorang cukurkan

Hala halaaa halaaaaa
Quote bedahmenjuyah 27-3-2022 06:57 PM
Nenek tgh jaga nama baik ke tu.. Penatkan
Quote Nenasketum 27-3-2022 08:13 PM
Ya awlooooh, dari dedulu memang jantan bapuk jer dapat job sebab dedulah kan, bapuk2 ni tak berkira. Yang pompuan2 suma nak bayaran mahal2 kendian takleh stay lama2 sebab ada laki & anak. Shooting slalu long hours.
Netizen kalau islamik sangat buley tengok ehwal islam atau tiktok pompuan pakai tudung tapi baju tak pakai, sekian!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061354 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top