"Sekarang ini ramai pelakon yang berani lakukan babak berani. Mungkin ada pengaruh dari sekeliling atau budaya barat. Saya dulu pun takut untuk lakukan seperti itu tapi sekarang ini sangat berbeza," kata Oktovia.
Tambahnya lagi, ada segelintir anak seni yang anggap perkara seperti itu bukanlah isu besar sedangkan hakikatnya ia adalah masalah besar.
Sementara itu, Mohamad Khairul Efsan Md Isa iaitu suami kepada Oktovia tidak meletakkan sebarang syarat kepada isterinya dalam hal-hal membabitkan kerjaya lakonan wanita itu.
Katanya, asalkan watak yang ditawarkan tidak bercanggah dengan agama dan maruah seorang perempuan, dia tidak menghalang kerana lakonan sudah menjadi karier Oktovia.
"Saya tahu dia bijak memilih dan pandai buat keputusan. Sebelum beritahu pun dia sudah buat tapisan dahulu untuk setiap tawaran yang dia terima. Saya percaya segala keputusan isteri," katanya. - CARI