View: 1340|Reply: 7
|
Oktovia Manrose Takut, Risau Drama Tempatan Semakin 'Daring'
[Copy link]
|
|
Masih lagi berkisarkan isu panas membabitkan pelakon Zul Ariffin yang dicerca gara-gara memuat naik di Instagram sebuah video yang memaparkan aksi ghairah, kali ini giliran aktres Oktovia Manrose pula meluahkan rasa bimbang melihat corak drama tempatan pada masa kini.
Kata aktres terbabit, karya tempatan yang disajikan kepada penonton pada masa kini lebih berani hinggakan ia seolah-olah langsung tidak memikirkan budaya masyarakat Melayu apatah lagi nilai agama.
Menurut laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman mengakui dirinya selalu berfikir panjang sebelum bersetuju melakonkan sesuatu adegan ketika awal pembabitannya dahulu.
"Atas sebab itulah saya menjauhkan diri daripada industri. Memang ada babak dituntut oleh produksi bagaimanapun pelakon sendiri ada pilihan untuk menjaga batas. Tiada masalah pun berbincang dengan pengarah.
"Saya sendiri pun pernah minta pada pengarah untuk tidak melakonkan babak yang saya rasakan tidak selesa dan mereka okey saja. Tapi, adakalanya pelakon itu sendiri yang ingin tambah adegan tertentu.
"Sekarang ini ramai pelakon yang berani lakukan babak berani. Mungkin ada pengaruh dari sekeliling atau budaya barat. Saya dulu pun takut untuk lakukan seperti itu tapi sekarang ini sangat berbeza," kata Oktovia.
Tambahnya lagi, ada segelintir anak seni yang anggap perkara seperti itu bukanlah isu besar sedangkan hakikatnya ia adalah masalah besar.
Sementara itu, Mohamad Khairul Efsan Md Isa iaitu suami kepada Oktovia tidak meletakkan sebarang syarat kepada isterinya dalam hal-hal membabitkan kerjaya lakonan wanita itu.
Katanya, asalkan watak yang ditawarkan tidak bercanggah dengan agama dan maruah seorang perempuan, dia tidak menghalang kerana lakonan sudah menjadi karier Oktovia.
"Saya tahu dia bijak memilih dan pandai buat keputusan. Sebelum beritahu pun dia sudah buat tapisan dahulu untuk setiap tawaran yang dia terima. Saya percaya segala keputusan isteri," katanya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia pon nak tumpang popularity jugak.... Tumpang dik sementara masih hangat |
|
|
|
|
|
|
|
pasal julriporn sorang je... habis semua retis takut dgn dh nk berlakon takut ada scene daring ni |
|
|
|
|
|
|
|
pasal julriporn sorang je... habis semua retis takut dgn dh nk berlakon takut ada scene daring ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru abis tgk movie Minah Motor.. Nasib scene dia konon2 kena rogol, tak tunjuk adegan rogol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nie bila pulak nak bersara dari berlakon?
Lepas dia nie bunyi, retis mana pulak nak mencapub? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jugakkkkkkkk... Mcm ler ko dulu suci sangat... Koserrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|