"Mula-mula memang susah tetapi saya seronok dan sentiasa mengasah kemahiran itu. Saya menghargai rezeki ini yang saya anggap sebagai tuah paling besar untuk saya. Saya turut tersentuh dengan sokongan peminat dari Indonesia juga.
"Menjadi pelakon suara bermakna tugas saya hanya ada di belakang tabir. Tak sangka ada juga yang ingin tahu identiti pemilik suara Upin Ipin. Biasalah, ada yang tak suka saya. Mungkin ketika itu saya masih kanak-kanak dan belum bijak mengawal emosi apabila berhadapan komen negatif.
"Tapi, sekarang ini saya dah okey," katanya.
Bukan sekadar melontarkan dialog sahaja, namun tugas Asyiela juga adalah meniupkan 'roh' kepada Upin dan Ipin agar setiap kisah yang diketengahkan itu memberi impak terhadap penonton.
"Saya banyak membuat kajian dengan menonton animasi lain. Saya lihat cara bagaimana mereka mewarnakan sesebuah karakter yang mereka lakonkan.
"Menjadi pelakon suara, emosi adalah perkara yang paling penting. Tak perlu menangis tetapi lontaran dialog haruslah benar-benar sedih. Dan di situlah cabarannya," kata Asyiela.
"Bila jadi pelakon suara, emosi suara itu paling penting untuk bagi orang faham contohnya emosi sedih. Tak perlu menangis pun tapi suara itu kena betul-betul sedih. Itu antara cabarannya," kata Asyiela. - CARI