CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 10

Sudah berusia 22 Tahun, Pemilik Suara Animasi Upin Ipin Tak Pernah Bosan

[Copy link]
Post time 24-3-2022 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Harian Metro


Meminjamkan suaranya untuk watak animasi Upin dan Ipin sejak usianya 10 tahun sehingga sekarang, Asyiela Putri Azhar sedikit pun tidak pernah bosan menjayakan siri kartun terbitan Les' Copaque itu.


Gadis itu berusia 22 tahun itu sendiri pun tidak menyangka suaranya terus menghidupkan karakter animasi dua kembar yang cukup terkenal bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Indonesia.









Katanya kepada Harian Metro, ketika awal pembabitan, Asyiela hanya melaksanakan tanggung jawabnya meminjamkan suara untuk animasi popular terbabit.


Bagaimanapun, lama kelamaan, Asyiela semakin seronok kerana dapat merasai pengalaman baharu.


  



"Mula-mula memang susah tetapi saya seronok dan sentiasa mengasah kemahiran itu. Saya menghargai rezeki ini yang saya anggap sebagai tuah paling besar untuk saya. Saya turut tersentuh dengan sokongan peminat dari Indonesia juga.


"Menjadi pelakon suara bermakna tugas saya hanya ada di belakang tabir. Tak sangka ada juga yang ingin tahu identiti pemilik suara Upin Ipin. Biasalah, ada yang tak suka saya. Mungkin ketika itu saya masih kanak-kanak dan belum bijak mengawal emosi apabila berhadapan komen negatif.


"Tapi, sekarang ini saya dah okey," katanya.


Bukan sekadar melontarkan dialog sahaja, namun tugas Asyiela juga adalah meniupkan 'roh' kepada Upin dan Ipin agar setiap kisah yang diketengahkan itu memberi impak terhadap penonton.


  



"Saya banyak membuat kajian dengan menonton animasi lain. Saya lihat cara bagaimana mereka mewarnakan sesebuah karakter yang mereka lakonkan.


"Menjadi pelakon suara, emosi adalah perkara yang paling penting. Tak perlu menangis tetapi lontaran dialog haruslah benar-benar sedih. Dan di situlah cabarannya," kata Asyiela.


"Bila jadi pelakon suara, emosi suara itu paling penting untuk bagi orang faham contohnya emosi sedih. Tak perlu menangis pun tapi suara itu kena betul-betul sedih. Itu antara cabarannya," kata Asyiela. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 09:28 AM | Show all posts
suara dia tetap sama ke dari kecik sampai besar . terer dia buat suara tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 09:57 AM | Show all posts
wow dah besauu kau dekk.. tapi powerlah leh control suara. Tapi rambut hijau tu yih sangat, tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa dia kecik dia jenis slow n pendiam je..bila dah besar lain sgt..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:43 AM | Show all posts
Aku dah bosan tengok cite ni. Lagi2 bila indon claim.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:56 AM | Show all posts
anak aku suka beno citer ni.. hari2 nengoknyeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2022 11:08 AM | Show all posts
upin ipin gak tak besar2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
22yo dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 01:24 PM | Show all posts
Budak2 skrg mmg suka tangkap gamba kangkang2 mcm tu eh, x reti tutup2
Aku tengok anak2 buah aku, adik2 ipar aku pun sama
Duduk kalau kat rumah x reti nak cover2, nah..tu dia...kangkang selamba...wpun pakai seluar tp still tak elok di pandangan mata aku. Aku jenis orthodox...dulu masa kecik selalu kna cubit dgn mak kalau duduk x reti tutup2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau rambut ko dik non..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 25-3-2022 01:24 PM
Budak2 skrg mmg suka tangkap gamba kangkang2 mcm tu eh, x reti tutup2
Aku tengok anak2 buah aku, adi ...

Mak2 zaman dulu kalau duduk kaki luas nnt akan cakap "tutup coffee shop" Zaman sekarang mak2 sporting kot or mak pon sama posing kangkang utk feed ig
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.112217 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list