Erma Fatima sedih kerana merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak! Katanya apa jua penjelasan tentang video berahi itu tidak akan diterima banyak pihak.
Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu menyatakan dia kini menunggu masa sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar. "Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah. "Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.
"Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,"katanya kepada mStar Online. Tambahnya, "Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza. "Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut. "Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini."
|
Erma Fatima sedih kerana merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak!
Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu menyatakan dia kini menunggu masa sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.
"Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.
Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,
Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.
nolya replied at 24-3-2022 01:51 PM
Kesian Mak Cun. Disebabkan kecerobohan (atau memang sengaja ke) Zulripin, MC sbg penerbit terpalit ...
cmf_PariS replied at 24-3-2022 02:06 PM
kan main lawa shoot di sebalik tiang2 kayu.. bukan arahan awak ke... kt mana pula nk menuduh org hip ...
ADVERTISEMENT