"Saya merayu agar pihak penerbit turun padang dan jenguk-jenguklah sendiri bayaran yang kami dapat. Kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar tetapi pengurus produksi yang tak bayar.
"Masih ramai yang tak tahu hal ini. Kami bekerja keras tetapi tak dibayar. Ia bermakna orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni terpaksa mendiamkan diri, makan hati sebab mereka minat berlakon. Mereka telan semua kepahitan," katanya.
Sudah lebih 50 tahun bergelar anak seni, Wan Maimunah yang terkenal dengan watak air mata lebih selesa bekerja secara sukarela berbanding menerima bayaran seadanya sahaja.
Baru-baru ini, Wan Maimunah menerima sumbangan dan penghargaan sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka adalah penghargaan paling bernilai buat dirinya.
Katanya, sumbangan yang diterima itu adalah tanda masih ada segelintir pihak yang tidak melupakan golongan anak seni serta menghargai mereka. - CARI