CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 9

Wan Maimunah Rayu Penerbit Turun Padang, Lihat Sendiri Jumlah Bayaran Diterima

[Copy link]
Post time 23-3-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Kosmo


Pelakon veteran Wan Maimunah, 68, banyak menolak tawaran lakonan apabila bayaran yang diberi dirasakan tidak setimpal dengan bakat serta pengalamannya sebagai pelakon.


Berdasarkan laporan Gempak, aktres yang selesa membahasakan dirinya sebagai ibu itu merayu agar pembikin drama atau filem meneliti semula nilai bayaran yang diberikan.


Katanya, adakalanya pihak penerbit sudah bersetuju untuk memberikan sejumlah bayaran namun pengurus produksi dikatakan tidak memberikan nilai yang sepatutnya.




  



"Saya merayu agar pihak penerbit turun padang dan jenguk-jenguklah sendiri bayaran yang kami dapat. Kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar tetapi pengurus produksi yang tak bayar.


"Masih ramai yang tak tahu hal ini. Kami bekerja keras tetapi tak dibayar. Ia bermakna orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni terpaksa mendiamkan diri, makan hati sebab mereka minat berlakon. Mereka telan semua kepahitan," katanya.


Sudah lebih 50 tahun bergelar anak seni, Wan Maimunah yang terkenal dengan watak air mata lebih selesa bekerja secara sukarela berbanding menerima bayaran seadanya sahaja.


Baru-baru ini, Wan Maimunah menerima sumbangan dan penghargaan sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka adalah penghargaan paling bernilai buat dirinya.




  



Katanya, sumbangan yang diterima itu adalah tanda masih ada segelintir pihak yang tidak melupakan golongan anak seni serta menghargai mereka. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 02:48 PM | Show all posts
byk masalah dari kebaikkan.

hadap je la dah berpuluh tahun berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
normallah tu dan cuba tanya pasai bayaran kru pulak? dahlah bayar ansuran, ciput, pastu selalu tak habis bayar pulak tu. bayar ikut sedap dorang. atas makan banyak, sampai kat bawah2 makan asap
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 04:16 PM | Show all posts
sian plak tgk dia ni. dah laa berlakon sedih je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 04:49 PM | Show all posts
uori replied at 23-3-2022 02:53 PM
normallah tu dan cuba tanya pasai bayaran kru pulak? dahlah bayar ansuran, ciput, pastu selalu tak h ...

Betul. Member kerja production lokal dulu selalu complaint pasal gaji tak setimpal work load. Sudahnya dia berhenti sebab kerja tak menjamin masa depan walaupun drama tu meletop-letop sampai pecah ovari/kerandut penonton.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 04:52 PM | Show all posts
mizruncing replied at 23-3-2022 04:16 PM
sian plak tgk dia ni. dah laa berlakon sedih je

Itu kelebihan dia yang boleh dikatakan sangat baik dalam menjiwai watak yang diberi. Malangnya orang berbakat + veteran seperti ini tidak dihargai. Sebab tu ramai veteran yang tak berapa kenan nak kerja dengan mana2 production lokal tanpa melihat bayaran yang diberi. Pelakon Syanie sendiri pun dah complaint, Fauziah Nawi pun dah complaint. Persatuan? Tak boleh diharap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2022 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
uori: normallah tu dan cuba tanya pa ...


Kesiannya. Patut spill tea jah produksi mana & cerita apa biar org boikot. Jahat wei main mcm ni. WM ni pon i kesian. Mesti jenis x berani marah2, so simpan je la selama ni. Janji lain, dpt lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 23-3-2022 04:52 PM
Itu kelebihan dia yang boleh dikatakan sangat baik dalam menjiwai watak yang diberi. Malangnya ora ...

Ngate jedjedi lettewwww
Verani chuolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 09:16 AM | Show all posts
tapi pelakon muda belia....kayaaaaaa je nengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu bayaran pelakon veteran ni macam dah makin serius. Mana persatuan-persatuan yang konon nak bel nasib artis tu? Kesian juga, kalau dah kerja, bayarlah biar setimpal. Dengan kerja long hours, transport sendiri, kostum sendiri, ada yang logistik pun sendiri. Then hero heroin kayu, pengarah penerbit kaya raya duk showoff tak bertempat. Come on la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088089 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list