CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanna Ali Dah Tak Nak Nyanyi, Mahu Tumpu Lakonan

22-3-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1201| Komen: 2|Original author: Tatod


Wanita berusia 25 tahun ini iaitu Wanna Ali terlebih dahulu memulakan karier seninya sebagai penyanyi. Namun, dia yang menggemari genre R&B serta Jazz sedar bahawa muzik sebegitu sukar mendapat tempat dalam kalangan penggemar muzik tempatan.

Pemilik nama sebenar Syazwana Mohd Ali itu berkata dia enggan menghasilkan lagu jika ia sekadar dibuat untuk memenuhi pasaran muzik tanah air.

Berdasarkan laporan Mstar, perkara itu menyebabkan Wanna memilih untuk terus mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon.




"Semakin meningkat dewasa, kita lebih tahu ke mana arah tuju dalam hidup. Disebabkan rezeki dalam lakonan lebih menyerlah maka saya teruskan dalam bidang itu," katanya.

Merakamkan lagu Pandu Lalu yang menjadi runut bunyi bagi filem Autumn In Wales, kata Wanna, lagu berkenaan dibuat khas untuk karya berkenaan.

"Lagu itu adalah soundtrack khas untuk filem berkenaan. Walaupun sekadar ost, saya harap ia mendapat tempat di hati pendengar," katanya yang turut berlakon dalam filem terbabit. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-3-2022 08:28 AM
takde pasaran or lepas rakam baru tahu suara sendu? hihihi... Tok Shiela Majid & Dayang elok je bawak Jazz & R&B...takde cakap takde pasaran pun...acah je kau..
Quote bulalof 23-3-2022 10:52 AM
masih nak mencuba juga dlm bidang yg x perlu guna kelogikan otak sgt ni.......

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045671 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top