"Ketika menghadiri kursus kahwin pun, ustaz akan beritahu bahawa rumah tangga ini akan berhadapan bermacam bentuk ujian.
"Saya percaya ujian pertama akan datang dalam lima tahun pertama perkahwinan. Badai lain akan datang melanda apabila usia rumah tangga mencecah 10 tahun. Namun, andai kita berjaya melepas semua itu, kita dapat rasa kemanisan hidup suami isteri," katanya.
Ani menyarankan agar setiap pasangan itu tidak mencari kesempurnaan dalam diri pasangan tetapi hal yang paling penting adalah menerima kelemahan satu sama lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bercerai sebab kalau fikir baik-baik, kesilapan itu tidak hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi kedua-dua sekali.
"Saya sendiri ada kesilapan. Kita rasa kita dah cukup kenal pasangan tapi sebenarnya tidak. Bercinta 10 tahun pun belum tentu kenal perangai sebenar. Duduk serumah dulu baru tahu.
"Memang tidak akan pernah dapat sesuatu yang perkara yang sempurna memenuhi apa yang kita nak," katanya.
Pemilik nama sebenar itu Aishah An-Nur Osman mendirikan rumah tangga dengan Zairi Azmi pada 5 Jun 2004.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil. - CARI