View: 1653|Reply: 10
|
Ani Maiyuni Tak Fikir Cerai Jalan Penyelesaian Masalah Rumah Tangga
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ani Maiyuni yang sudah hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga tidak menafikan mana-mana pasangan suami isteri pasti tidak lepas daripada berhadapan dengan ujian dan dugaan.
Namun, bagi wanita berusia 43 tahun itu, perkara tersebut adalah lumrah dalam hubungan perkahwinan. Perjalanan setiap pasangan itu ada pasang surutnya.
Memetik laporan Media Hiburan, sebagai anak seni, Ani sedar pihak media akan dapat menghidu setiap masalah dihadapi termasuklah berkaitan dengan perkahwinan.
"Ketika menghadiri kursus kahwin pun, ustaz akan beritahu bahawa rumah tangga ini akan berhadapan bermacam bentuk ujian.
"Saya percaya ujian pertama akan datang dalam lima tahun pertama perkahwinan. Badai lain akan datang melanda apabila usia rumah tangga mencecah 10 tahun. Namun, andai kita berjaya melepas semua itu, kita dapat rasa kemanisan hidup suami isteri," katanya.
Ani menyarankan agar setiap pasangan itu tidak mencari kesempurnaan dalam diri pasangan tetapi hal yang paling penting adalah menerima kelemahan satu sama lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bercerai sebab kalau fikir baik-baik, kesilapan itu tidak hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi kedua-dua sekali.
"Saya sendiri ada kesilapan. Kita rasa kita dah cukup kenal pasangan tapi sebenarnya tidak. Bercinta 10 tahun pun belum tentu kenal perangai sebenar. Duduk serumah dulu baru tahu.
"Memang tidak akan pernah dapat sesuatu yang perkara yang sempurna memenuhi apa yang kita nak," katanya.
Pemilik nama sebenar itu Aishah An-Nur Osman mendirikan rumah tangga dengan Zairi Azmi pada 5 Jun 2004.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
rep isu x berkaitan volleyh??
nama anak dia,... aumm
maknya nama esahhhh
mana mai ani mayuni? |
|
|
|
|
|
|
|
Okaylah tu.. alhamdulillah bahagia & serasi bersama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tu.. mngkin sbb x expose sgt family tu yg berbahagia giteewww.. |
|
|
|
|
|
|
|
nawtylulu replied at 22-3-2022 02:27 PM
Baguslah tu.. mngkin sbb x expose sgt family tu yg berbahagia giteewww..
Hampir juga terputus di tengah jalan dulu..suami dia baran.ada kes juga dgn ani ni dulu..lps tu mcm mna ntah mungkin masih sayang lg kot |
|
|
|
|
|
|
|
Brp kali kena belasah dah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tetiba active balik ni... selalunya sesuatu la kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh yekee.. iols ingt sbb x expose sgt sbb tu bahagia.. rupanya mngkin sheols lebih rela memendam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ani ni masa anak dara dulu, i penah baca dlm sokkabar ke majalah tah..wartawan tu cakap ada menteri masa tu (nazri aziz kalu x silap iols), minat Ani Maiyuni ni..minat sebagai peminat je kot..sbb x penah plak dgr ani sangkut dgn vvip masa dia anak dara dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
badai tak badai, kalau sampai kena belasah tu takkan nak acah-acah okay jugak sis? |
|
|
|
|
|
|
|
lain orang lain dugaannya, kak. bersyukur sajalah sebab masalah kau tak sampai nak bercerai. tapi kalau dapat pasangan perangai macam hansuang, takan nak bertahan. tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|