CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakon Watak Kirana Dalam Dendam Seorang Isteri, Nad Zainal Tak Anggap Karakter Itu Jahat

22-3-2022 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2448| Komen: 13|Original author: Tatod


Pelakon Nad Zainal, 32, bukanlah seorang aktres yang perlu diperkenalkan secara terperinci kepada umum. Lakonan wanita itu sendiri pun sudah lebih dari cukup untuk menceritakan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Memegang watak sebagai Kirana menerusi drama Dendam Seorang Isteri adaptasi Temptation of Wife iaitu karya asal dari Korea, Nad mempunyai cara tersendiri untuk mencorakkan karakter berkenaan.

Meminati siri berkenaan, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu tahu bahawa setiap pelakon apabila berlakon dalam drama adaptasi harus mempunyai 'twist' tersendiri bagi mengembangkan perjalanan sesebuah karakter tersebut.



"Saya peminat nombor satu drama itu tetapi versi Filipina.  Saya dapat inspirasi daripada versi terdahulu namun ia bukanlah rujukan utama untuk menjayakan watak Kirana.

"Bagi saya, setiap watak yang diterjemahkan itu mempunyai corak acuan sendiri. Twist karakter berkenaan harus ada dalam diri," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas watak wanita pemusnah kebahagiaan hubungan pasangan lain dalam drama itu, kata Nad, dia menyifatkan ada alasan kukuh yang menyebabkan dia bertindak untuk meruntuhkan rumah tangga adiknya.

"Bukanlah saya menyokong perbuatan Kirana tetapi situasi sebegitu wujud dalam realiti kehidupan harian. Dia membesar dalam suasana toksik menyebabkan dia menjadi seorang yang pendendam. Sebab itulah saya tak anggap watak Kirana itu jahat atau antagonis," katanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 22-3-2022 10:46 AM
Amboi kirana turun dari kapal dengan outfit dalam gambar 1st tu. Dah macam mariah carey. Yang mak mertua fasha plak bingit kemain, tunjal2 kepala fasha. Padahal badan sesama gerga. Baik korang wrestling je kat situ. Habis cerita.
Quote babelina 22-3-2022 02:36 PM
cmna pn x minat nad jenal nie.. xtaw la nape..
Quote jihyomelly 22-3-2022 03:05 PM
Mary_jane replied at 22-3-2022 10:46 AM
Amboi kirana turun dari kapal dengan outfit dalam gambar 1st tu. Dah macam mariah carey. Yang mak me ...

tunjul pun bergegar gegar badan jalan pun gegar…tu baru 1st episode harini gegar apa lak
Quote nawtylulu 22-3-2022 03:11 PM
maintain kecik je die ni..
Quote Mary_jane 22-3-2022 03:50 PM
jihyomelly replied at 22-3-2022 03:05 PM
tunjul pun bergegar gegar badan jalan pun gegar…tu baru 1st episode harini gegar apa lak

Siap main mahjong kat rumah yang tak tahan tu. Badan gegar2, terpekik terlolong dah macam apa.
Quote Kurex 22-3-2022 03:54 PM
babelina replied at 22-3-2022 02:36 PM
cmna pn x minat nad jenal nie.. xtaw la nape..

Iols ada kenal dgn sorang mamat gay berangan ni. Status wicet dia semua pasal nad zainal.. iols terpaksa komen dekat status dia "low class nya citarasa kau minat pelakon kayu kayan".
Terus block iols
Quote babelina 22-3-2022 04:20 PM
Kurex replied at 22-3-2022 03:54 PM
Iols ada kenal dgn sorang mamat gay berangan ni. Status wicet dia semua pasal nad zainal.. iols te ...

hahaha.. knnnn.. sedihhhhhhh taste nye..
Quote Kepot 22-3-2022 04:44 PM
babelina replied at 22-3-2022 02:36 PM
cmna pn x minat nad jenal nie.. xtaw la nape..

sama sejenis beria yang poyos.
sebab klu tgk ig caption jenis perasan diri sendiri bagus dan mintak di puji.
Quote vinethrill 23-3-2022 12:30 AM
Kihkihkihkihkih
Quote nononcrux 19-4-2022 02:18 PM
babelina replied at 22-3-2022 02:36 PM
cmna pn x minat nad jenal nie.. xtaw la nape..

dia ni mcm ade over acting siket, gaya dia ckp gaya dia react.. aku pon tak minat nampak biasa je. tp dia ni try hard btl
Quote nononcrux 19-4-2022 02:23 PM
Kurex replied at 22-3-2022 03:54 PM
Iols ada kenal dgn sorang mamat gay berangan ni. Status wicet dia semua pasal nad zainal.. iols te ...

hidup lagi eh wicet.. hahah lama tak main rindu juga zmn single kihkih, tp nad zainal ni mmg tak best la kalau drama ada dia ni.. baik zara zya
Quote Tokeybundle 19-4-2022 08:26 PM
Sakit kepala tgk mil fasha ni.bila marah ckp mcm org semput
Sebutir haram aku x fhm
Dah tu gelak mcm org kena rasuk
Ko berlakon citer hantu ke hape gelak camtu
Quote Kancilkering 19-4-2022 08:48 PM
yem anak dia adorable….
bole leh …overacting tu biasa leh nk nk sparing ngan wan tu …mesti nak tunjuk terror sapa pandai berlakon….

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047599 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top