Pelakon dan penolong pengarah filem Gila Gusti, Ayez Shaukat Fonseka mendedahkan pernah ditipu beberapa nama popular ketika mula terbabit dalam industri seni.
Ayez, 34, yang juga pelakon lagak ngeri dalam beberapa filem seperti KL Gangster berkata, perbuatan pihak terbabit sangat halus dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. "Saya sebenarnya aktif sebagai penulis skrip dan sudah banyak kali idea saya kena curi dan ia perkara biasa dalam industri. Ia bermula apabila saya hantar kertas cadangan untuk filem kepada mereka dan kemudian ditolak atas pelbagai alasan.
"Tapi apabila mereka hasilkan filem, saya dapati ceritanya seakan sama seperti dari kertas cadangan saya, cuma tajuknya ditukar," katanya. Menurut Ayez, perkara itu juga hampir terjadi terhadap filem Gila Gusti apabila tiga nama besar mahu membeli skrip filem itu tetapi mahu 'menghilangkan' namanya. "Jadi saya tak nak jual sehinggalah Lomo Pictures berminat menerbitkannya. Ia satu perkara yang menggembirakan saya. "Asalnya saya hanya nak menjadi penolong pengarah dan penulis skrip sahaja, tapi malangnya tiada pelakon yang sesuai bawa penggusti. "Nak tak nak saya kena berlakon watak ini. Saya lebih selesa berada di belakang tabir dan bukan sebagai berlakon," katanya yang juga ahli gusti profesional. Gila Gusti mengangkat kisah perjalanan ahli gusti profesional yang berdepan dengan politik dalam arena sukan itu. Terdahulu Ayez Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3. Dia juga pernah mengarah filem pendek berjudul Taruh yang tular sejak dikongsi di laman Facebook, Cineplus Asia. Ayez Shaukat juga pernah mengarahkan filem Inggeris berjudul Dark Eye untuk Amazon. Sumber: Harian Metro
|
Kurex replied at 21-3-2022 04:57 PM
Semoga dapat meninju bawah pusat abg ni
tupaiterbang replied at 21-3-2022 06:55 PM
ni adik bekas miss malaysia andrea fonseka yg paling huduh dulu ke?
dulu la dia huduh...lepas ...
alieyrina replied at 21-3-2022 05:39 PM
Ni ka org baru tu kurex..setelah mu frust dgn jul riporn ? Haahaha
prince_marhaen replied at 22-3-2022 09:16 AM
aura fonen sado bottom yang narsis terlalu kuatttttt di radar meols... yihhhh!
bottompadu replied at 22-3-2022 09:31 AM
ai ade terbaca kat mana tah, katanya bottom sado kemutannya lagi mencengkam
ADVERTISEMENT