CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1935|Reply: 15

"Dah Banyak Kali Idea Saya Kena Curi Orang Popular Industri"

[Copy link]
Post time 21-3-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penolong pengarah filem Gila Gusti, Ayez Shaukat Fonseka mendedahkan pernah ditipu beberapa nama popular ketika mula terbabit dalam industri seni.


Ayez, 34, yang juga pelakon lagak ngeri dalam beberapa filem seperti KL Gangster berkata, perbuatan pihak terbabit sangat halus dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.




Kredit foto: IG Ayez




"Saya sebenarnya aktif sebagai penulis skrip dan sudah banyak kali idea saya kena curi dan ia perkara biasa dalam industri. Ia bermula apabila saya hantar kertas cadangan untuk filem kepada mereka dan kemudian ditolak atas pelbagai alasan.


"Tapi apabila mereka hasilkan filem, saya dapati ceritanya seakan sama seperti dari kertas cadangan saya, cuma tajuknya ditukar," katanya.


Menurut Ayez, perkara itu juga hampir terjadi terhadap filem Gila Gusti apabila tiga nama besar mahu membeli skrip filem itu tetapi mahu 'menghilangkan' namanya.


"Jadi saya tak nak jual sehinggalah Lomo Pictures berminat menerbitkannya. Ia satu perkara yang menggembirakan saya.


"Asalnya saya hanya nak menjadi penolong pengarah dan penulis skrip sahaja, tapi malangnya tiada pelakon yang sesuai bawa penggusti.


"Nak tak nak saya kena berlakon watak ini. Saya lebih selesa berada di belakang tabir dan bukan sebagai berlakon," katanya yang juga ahli gusti profesional.




Kredit foto: IG Ayez




Gila Gusti mengangkat kisah perjalanan ahli gusti profesional yang berdepan dengan politik dalam arena sukan itu.


Terdahulu Ayez Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3.


Dia juga pernah mengarah filem pendek berjudul Taruh yang tular sejak dikongsi di laman Facebook, Cineplus Asia.


Ayez Shaukat juga pernah mengarahkan filem Inggeris berjudul Dark Eye untuk Amazon.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 04:48 PM | Show all posts
muka stok2 buat badan pahtu tayang bebird kat tweeder je mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat meninju bawah pusat abg ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 05:39 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-3-2022 04:57 PM
Semoga dapat meninju bawah pusat abg ni

Ni ka org baru tu kurex..setelah mu frust dgn jul riporn ? Haahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 06:32 PM | Show all posts
Ni nak promo diri sendiri ke....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 06:55 PM | Show all posts

ni adik bekas miss malaysia andrea fonseka yg paling huduh dulu ke?
dulu la dia huduh...lepas dah renovate sana sini meletop weiii


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 21-3-2022 06:55 PM
ni adik bekas miss malaysia andrea fonseka yg paling huduh dulu ke?
dulu la dia huduh...lepas ...

X blh lupa wakili Malaysia tp perut gendut memboyak.. konfiden bertwo piece jek..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 21-3-2022 05:39 PM
Ni ka org baru tu kurex..setelah mu frust dgn jul riporn ? Haahaha

Tuah & megat rahim... Cumanya megat rahim mcm patah jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 10:20 PM | Show all posts
Scott Hall baru mati aka Razor Ramon, salam takziah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli tgk urat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:16 AM | Show all posts
aura fonen sado bottom yang narsis terlalu kuatttttt di radar meols... yihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:31 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 22-3-2022 09:16 AM
aura fonen sado bottom yang narsis terlalu kuatttttt di radar meols... yihhhh!

ai ade terbaca kat mana tah, katanya bottom sado kemutannya lagi mencengkam
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:39 AM | Show all posts
bottompadu replied at 22-3-2022 09:31 AM
ai ade terbaca kat mana tah, katanya bottom sado kemutannya lagi mencengkam

muka cam familiar di alam twidderrrr burung... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Abih tu kalau betul idea ko dicuri beberapa kali ko mengadu kat socmed aje ke? Law kan ada pergilah authority yg betul. Akta copyright kan ada. Sekali dua kena curi tak apalah ni dah beberapa kali agak lembab jugaklah di situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul kena curi, semoga penerbit, pengarah ditimpa cirit birit berpanjangan sampai kreditkan mamat nieyh atau bagi pampasan. Iols pantang orang plagiarise hasil usaha dan idea orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I bkn industri seni tapi i faham perasaan bila idea kita dicuri oleh mrk yg lebih berkuasa sbb i pun pernah kn mcm tu...my proposal diambil tapi dibuang nama dan digantikan dgn nama dia as ketua unit..konon utk senang lulus bajet....porochit je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.576980 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list