|
Selepas terpalit kes dadah pada tahun lalu, anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan dilihat memperlahankan karier seninya.
Terbaharu, menerusi laporan Bollywood Life, Aryan, 24, mula kembali aktif menghadiri acara hiburan yang menjadi tumpuan selebriti terkenal India. Penampilan Aryan dalam majlis ulang tahun CEO Dharma Production baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat segak bergaya mengenakan kemeja putih bersama blazer dan seluar hitam. Gaya dan imejnya itu dikatakan saling tak tumpah seperti bapanya hingga ada yang melihat Aryan seperti kembar Shah Rukh Khan.
Foto yang dikongsi kelab peminat itu membuatkan ramai ‘histeria’ dan teruja kerana sudah lama mereka tidak mengetahui perkembangan terkini Aryan. Pada awal Oktober tahun lalu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah. Menurut laporan, dua rakannya yang turut ditahan merupakan pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
|
seribulan replied at 22-3-2022 03:03 PM
Anak ke cucu?
Orangelily replied at 23-3-2022 03:53 PM
yg ni ank ibu tumpangkan?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.122282 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.