CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Masalah Berlakon, Isteri Boleh Faham Kerjaya Azlee Khairi

21-3-2022 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4960| Komen: 43|Original author: Tatod


Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Love You Mr. Arrogant iaitu Azlee Khairi bersyukur kerana isterinya, Nurul Hidayah memahami kerjaya seninya. 

Bukan itu sahaja, wanita itu juga menjadi tulang belakang serta pembakar semangat buat dirinya untuk terus bekerja keras.

Memetik laporan Gempak, pelakon sentiasa terikat dengan jadual penggambaran yang banyak memakan masa dan adakalanya bekerja sehingga ke subuh. Perkara ini andai tidak ada persefahaman pasti akan menimbulkan perselisihan faham di antara pasangan suami isteri.


"Alhamdulillah, isteri saya sangat memahami. Orang yang tidak memahami mungkin tidak boleh terima jadual kerja seperti itu dan akan jadi isu.

"Berlakon ini lebih memakan lebih banyak masa jika dibandingkan bersama keluarga. Sebab itu saya akan habiskan masa sepenuhnya dengan keluarga setiap kali ada masa terluang," katanya



Menyentuh mengenai sikap Nurul Hidayah selepas setahun bergelar suami isteri, kata Azlee, isterinya adalah seorang ibu yang baik dan boleh menjaga rumah tangga dan keselesaan mereka sekeluarga.

"Bukan sekadar saling memahami tetapi macam ada telepati. Apa yang saya fikirkan mesti dia fikir perkara yang sama. Kadang-kadang kami bercakap pun ada ayat yang sama," katanya.

Mengadakan majlis resepsi mereka semalam (Ahad), ia adalah kali pertama mereka sekeluarga berkumpul dalam majlis sedemkian dan berharap agar kebahagiaan rumah tangga itu menjadi milik mereka buat selamanya.



Terdahulu, Azlee berkahwin dengan Nurul Hidayah pada Januari tahun lalu. Majlis pernikahan itu hanya dijalankan menerusi atas talian dan membabitkan keluarga sahaja. Ia adalah kerana Azlee mempunyai masalah peribadi yang enggan didedahkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 21-3-2022 01:05 PM
dah kalau ko tak berlakon, binik and anak2 nk makan apa? kena la terima dh ko tu mmg kerja berlakon
Quote bahagiaselalu 21-3-2022 01:22 PM
macam mana kes anak dia ngn bini dia tu... mmg anak kandung dia ke atau anak ex husb bini dia eh...
Quote 3chanceno 21-3-2022 01:44 PM
Edited by 3chanceno at 21-3-2022 01:46 PM

Status baby ko & bini dah settle?  #tanyajer

@Normabaru
@dudaberhias
@Acikgomen
Quote Normabaru 21-3-2022 02:00 PM
3chanceno replied at 21-3-2022 03:44 PM
Status baby ko & bini dah settle?  #tanyajer

@Normabaru

Ahahahaha..Siapa tahu ic acik azli @ wife dia ni kasi kaka..nnt kaka csi kes ni
Quote laksmanabentan 21-3-2022 02:15 PM
opkos la ko paham kannn sbb masa ko mengatal pun AK tu mmg artis la ooiii.....
yang orang masih tak paham tu kenapa ko nikah dengan AK tapi status ko masih isteri orang...
tu jer...

xde sapa2 nak buat report ker???
Quote anony-mous 21-3-2022 02:26 PM
So apa status ank tiri dia & status kahwin dia?
Quote iznanaziz 21-3-2022 02:44 PM
Normabaru replied at 21-3-2022 02:00 PM
Ahahahaha..Siapa tahu ic acik azli @ wife dia ni kasi kaka..nnt kaka csi kes ni

bini dia mcm rupa Ayda Jebat pulak.
ingatkan dgn bini yg ni dah ada baby
Quote Normabaru 21-3-2022 02:46 PM
laksmanabentan replied at 21-3-2022 04:15 PM
opkos la ko paham kannn sbb masa ko mengatal pun AK tu mmg artis la ooiii.....
yang orang masih tak  ...

Patutnya hal2 mcm ni jakim terus je panggil..ni x..diam xbkutik..bukan benda xbetul..tp sbb jab agama busy sgt
Tp busy apa Pon xtau..
Quote Normabaru 21-3-2022 02:47 PM
iznanaziz replied at 21-3-2022 04:44 PM
bini dia mcm rupa Ayda Jebat pulak.
ingatkan dgn bini yg ni dah ada baby

Hidayah..hujung2 dhiya..

Jadahhhh
Quote SherryZass 21-3-2022 02:52 PM
bahagiaselalu replied at 21-3-2022 01:22 PM
macam mana kes anak dia ngn bini dia tu... mmg anak kandung dia ke atau anak ex husb bini dia eh...

Hah, aku pun lebih tertarik nak tau yg kes tu.
Quote 3chanceno 21-3-2022 03:01 PM
Normabaru replied at 21-3-2022 02:46 PM
Patutnya hal2 mcm ni jakim terus je panggil..ni x..diam xbkutik..bukan benda xbetul..tp sbb jab ag ...

Kes nie tak dak bideo bukak baju & panjat2, tu yg Jakim tak panggil opis kaka

Kalo ada bideo & viral, nanti adalah jemputan mai opis duk sembang2 sambil minum kopi
Quote 3chanceno 21-3-2022 03:02 PM
Normabaru replied at 21-3-2022 02:00 PM
Ahahahaha..Siapa tahu ic acik azli @ wife dia ni kasi kaka..nnt kaka csi kes ni

Tak tahu kaka..tahu kewujudan dia pun pasal kontrolbesi je
Quote Acikgomen 21-3-2022 03:40 PM
3chanceno replied at 21-3-2022 01:44 PM
Status baby ko & bini dah settle?  #tanyajer

@Normabaru

Wowww ada kes calculator ke nyahhh
Quote 3chanceno 21-3-2022 03:53 PM
Acikgomen replied at 21-3-2022 03:40 PM
Wowww ada kes calculator ke nyahhh

Gosip dia hot jugaklah Acik..

Kapel nie klaim baby boy tu anak Azlee tapi ex kakak ipar pecah rahsia, baby tu 'berbin'kan adik dia bekas somi bini si Azlee nie.. tarikh nikah depa pun rahsia..netizens csi bini dia nie masih belum habis eddah lagik dah bersalin baby nie..

Meols tak reti nak tepek benang pasal kapel nie..terus senyap  lepas tu, sekarang bunyi lagik

Kaka Norm @Normabaru kalo boleh tolong tepek benang pasal kapel ini, Acikgomen dah kembali bergosipan  Tenkiu

Quote asfaz 21-3-2022 03:56 PM
Acikgomen replied at 21-3-2022 03:40 PM
Wowww ada kes calculator ke nyahhh

Bukam edisi calculator achik
Tpi siapakah bapak sebenar baby tu
Dlam surat beranak nma ex laki tpi bini tu sendiri ckp tu anak azlee.
Quote asfaz 21-3-2022 03:57 PM
3chanceno replied at 21-3-2022 03:53 PM
Gosip dia hot jugaklah Acik..

Kapel nie klaim baby boy tu anak Azlee tapi ex kakak ipar pecah rah ...

Surat nikah pun tak tunjuk kan majlis tunjuk pulak
Majlis akad nikah konon dah kawin tu pun tarakk.
Kalau ikutkan storyline ex akak ipar, bulan 3 ni baru hbs eddah kan
Quote Acikgomen 21-3-2022 03:59 PM
3chanceno replied at 21-3-2022 03:53 PM
Gosip dia hot jugaklah Acik..

Kapel nie klaim baby boy tu anak Azlee tapi ex kakak ipar pecah rah ...

Maksudnye kemungkinan deyols beselingkuh masa pompuan tu bini org lepas tu preggie, laki dpt tau kena cerai, takdan abis eddah pompuan tu cecepat nikah dgn retis nih sbb nak kaver status anak
Kat tiktok ade org share retis tu tempah kambing golek kat tiktoker utk buat mejelis aqiqah anak
Tekezut tiktoker tuh bila pi set up kambing golek rupanya kastemer retis. Terus la heshe ambik gambo curi2 sbb retis tu humble katanyehhhh tanak heboh2 dpt anak
Quote sharlenetexas 21-3-2022 04:00 PM
Masa bila akad nikah?

Quote nawtylulu 21-3-2022 04:10 PM
haritu bukn ade org wt kira2 ke psl ank tu?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046831 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top