CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Lebih Cantik Katanya, Ramai Harap Reen Rahim Kekal Berhijab Bila Balik Malaysia Nanti

16-3-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2645| Komen: 19

Perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama ibu bapanya menarik perhatian netizen dalam Instagram apabila rata-rata suka melihat penampilannya yang sopan dan menutup aurat.


Malah, gara-gara tampil dengan imej Muslimah, ramai peminatnya berharap agar Reen terus kekal dengan imej tersebut (berhijab) sekembalinya ke tanah air nanti.

Foto: IG

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Reen ketika berada di tanah suci Mekah sejak 4 Mac lalu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dihujani komen-komen positif daripada peminatnya yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.

Terdahulu, satu perkongsian pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dalam Instagram berlatarkan Bukit Uhud di Madinah, memancing perhatian peminatnya.

“Alhamdulillah hari terakhahir di Madinah. Tolong doakan kami semua jemaah di sini diberikan kesihatan dan kekuatan. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.



Perkongsian itu sekali gus mendapat pujian peminat apabila memuji penampilannya dan berharap supaya Reen kekal istiqamah berhijab.

“Cantik kakak (Reen) pakai sebegini. Cantik sangat. Sudahlah muka cantik, pakai pula sopan. Sangat sempurna,” komen seorang pengikutnya.

“Ya Allah, kau kekalkanlah penampilan reen Rahim menutup aurat dengan sempurna apabila pulang ke tanah air nanti,” doa seorang lagi peminatnya.

“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel,” kata seorang netizen.



Sementara itu, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang masih berada di Mekah ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut namun berharap supaya peminat mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada 16 Mac nanti (esok).

Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama kedua-dua orang tuanya dan melihat sendiri keindahan Kota Mekah.



“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, mengimbau semula perjalanannya mengerjakan umrah, Reen berkata, pada mulanya dia hanya mahu menghantar ibu bapanya sahaja.





“Jujur kalau ikutkan saya cuma mahu menghantar mereka ke lapangan terbang sahaja, tetapi entah macam mana hati ini terdetik dan Allah gerakkan saya untuk sama-sama pergi menemani keluarga,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umisha 16-3-2022 10:37 AM
Alhamdulillah
Semoga istiqomah dlm beramal
Quote musangbodoh 16-3-2022 10:40 AM
bila nk kawen2
Quote Kurex 16-3-2022 10:45 AM
Eh lehnat, komen2 pujian netizen pun nak dibuat gosip ke?
Quote Thunderclouds 16-3-2022 11:10 AM
Lg lawa xberrtudung. Semak betul komen suruh retis bungkus kepala. Hish.
Quote balakkampung 16-3-2022 11:12 AM
aku taktau kenapa..tiap kali aku tgk kangana ranaut aku teringat dia..bila aku tgk dia , teringat kangana.
Quote AshkieLa 16-3-2022 01:34 PM
Edited by AshkieLa at 16-3-2022 01:35 PM

takyah laa suruh2 dia pakai tudung atas tiket lebih cantik...
kang dia pakai, nampak leher or jerut leher,.. lengan 3/4.. seluar nampak buku lali...ketat metat.. pakai on and off...
korang gak yg rengsa.... yihhhhhh
Quote exclusive_vvip 16-3-2022 01:38 PM
boleh tahan ensem gak ek muka bapak dia untuk org baya2 tu..cuma bulat je la..hihi
Quote lattehazelnut 16-3-2022 01:40 PM
Kalau dia on off kang korg jugak meroyan..
Quote bukannasigoreng 16-3-2022 01:43 PM
kenapa orang suka cakap pakai tudung lebih cantik, pakai tudung lebih cantik, dah dah lah reen rahim ni memang cantik
Quote lasagna 16-3-2022 02:18 PM
hal bertudung ke tak ni terpulang laa pd individu tu sendiri. biar laa diri dia sendiri pikir sbb kang dah pkai terbang pulak kena kecam lagi. abes camno? biar dia buat pilihan.
Quote sudirmanistas 16-3-2022 02:22 PM
Minat dekat Reen ni mula2 masa cerita Jodoh kalau x silap. Mmg cantik.
Quote babycc 16-3-2022 02:59 PM
X yah la pakai tudung dulu.. die berlakon bagus.. nanto limited plak selection watak dia..
Quote rahsier 17-3-2022 02:20 AM
lasagna replied at 16-3-2022 02:18 PM
hal bertudung ke tak ni terpulang laa pd individu tu sendiri. biar laa diri dia sendiri pikir sbb ka ...

Setuju.. netizen ni semua benda tak betul
Quote adeqbun 17-3-2022 08:22 AM
xyah la bertudung..ramai sgt heroin bertudung jd x realisitik watak bertudung smbil gosok gigi dlm toilet
Quote salimrock 17-3-2022 11:45 AM
Thunderclouds replied at 16-3-2022 11:10 AM
Lg lawa xberrtudung. Semak betul komen suruh retis bungkus kepala. Hish.

kan?

nak2 pula kalo ada berita farah ann gimastic tu, bila nak tutup aurat, harom la,

acah2 good2 jah..
Quote beatgirlX 17-3-2022 01:09 PM
Moga terbuka hati dia dlm berhibab suatu hari nanti bila dia dah betul2 bersedia...
Dia pun bagus dgn mak pak dia..berlakon pun best..aku suka je diaaa
Quote bulalof 17-3-2022 01:10 PM
semata2 nak amik gambar cantik2 kebetulan kat sana buat umrah. ramadhan pun makin hampir.
Quote idril 17-3-2022 01:13 PM
dah 2022 covid pun dah nak membiak jadi deltatron, nerakajen masih x abis2 meratib aurat artis..... sedih!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058533 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top