View: 2334|Reply: 18
|
Nampak Lebih Cantik Katanya, Ramai Harap Reen Rahim Kekal Berhijab Bila Balik Malaysia Nanti
[Copy link]
|
|
Perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama ibu bapanya menarik perhatian netizen dalam Instagram apabila rata-rata suka melihat penampilannya yang sopan dan menutup aurat.
Malah, gara-gara tampil dengan imej Muslimah, ramai peminatnya berharap agar Reen terus kekal dengan imej tersebut (berhijab) sekembalinya ke tanah air nanti.
Foto: IG
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Reen ketika berada di tanah suci Mekah sejak 4 Mac lalu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dihujani komen-komen positif daripada peminatnya yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.
Terdahulu, satu perkongsian pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dalam Instagram berlatarkan Bukit Uhud di Madinah, memancing perhatian peminatnya.
“Alhamdulillah hari terakhahir di Madinah. Tolong doakan kami semua jemaah di sini diberikan kesihatan dan kekuatan. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu sekali gus mendapat pujian peminat apabila memuji penampilannya dan berharap supaya Reen kekal istiqamah berhijab.
“Cantik kakak (Reen) pakai sebegini. Cantik sangat. Sudahlah muka cantik, pakai pula sopan. Sangat sempurna,” komen seorang pengikutnya.
“Ya Allah, kau kekalkanlah penampilan reen Rahim menutup aurat dengan sempurna apabila pulang ke tanah air nanti,” doa seorang lagi peminatnya.
“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel,” kata seorang netizen.
Sementara itu, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang masih berada di Mekah ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut namun berharap supaya peminat mendoakan yang baik-baik untuknya.
“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada 16 Mac nanti (esok).
Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama kedua-dua orang tuanya dan melihat sendiri keindahan Kota Mekah.
“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, mengimbau semula perjalanannya mengerjakan umrah, Reen berkata, pada mulanya dia hanya mahu menghantar ibu bapanya sahaja.
“Jujur kalau ikutkan saya cuma mahu menghantar mereka ke lapangan terbang sahaja, tetapi entah macam mana hati ini terdetik dan Allah gerakkan saya untuk sama-sama pergi menemani keluarga,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Semoga istiqomah dlm beramal |
|
|
|
|
|
|
|
Eh lehnat, komen2 pujian netizen pun nak dibuat gosip ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lg lawa xberrtudung. Semak betul komen suruh retis bungkus kepala. Hish. |
|
|
|
|
|
|
|
aku taktau kenapa..tiap kali aku tgk kangana ranaut aku teringat dia..bila aku tgk dia , teringat kangana. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AshkieLa at 16-3-2022 01:35 PM
takyah laa suruh2 dia pakai tudung atas tiket lebih cantik...
kang dia pakai, nampak leher or jerut leher,.. lengan 3/4.. seluar nampak buku lali...ketat metat.. pakai on and off...
korang gak yg rengsa.... yihhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan ensem gak ek muka bapak dia untuk org baya2 tu..cuma bulat je la..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia on off kang korg jugak meroyan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa orang suka cakap pakai tudung lebih cantik, pakai tudung lebih cantik, dah dah lah reen rahim ni memang cantik |
|
|
|
|
|
|
|
hal bertudung ke tak ni terpulang laa pd individu tu sendiri. biar laa diri dia sendiri pikir sbb kang dah pkai terbang pulak kena kecam lagi. abes camno? biar dia buat pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Minat dekat Reen ni mula2 masa cerita Jodoh kalau x silap. Mmg cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
X yah la pakai tudung dulu.. die berlakon bagus.. nanto limited plak selection watak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 16-3-2022 02:18 PM
hal bertudung ke tak ni terpulang laa pd individu tu sendiri. biar laa diri dia sendiri pikir sbb ka ...
Setuju.. netizen ni semua benda tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
xyah la bertudung..ramai sgt heroin bertudung jd x realisitik watak bertudung smbil gosok gigi dlm toilet |
|
|
|
|
|
|
|
kan?
nak2 pula kalo ada berita farah ann gimastic tu, bila nak tutup aurat, harom la,
acah2 good2 jah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga terbuka hati dia dlm berhibab suatu hari nanti bila dia dah betul2 bersedia...
Dia pun bagus dgn mak pak dia..berlakon pun best..aku suka je diaaa |
|
|
|
|
|
|
|
semata2 nak amik gambar cantik2 kebetulan kat sana buat umrah. ramadhan pun makin hampir. |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2022 covid pun dah nak membiak jadi deltatron, nerakajen masih x abis2 meratib aurat artis..... sedih! |
|
|
|
|
|
|
| |
|