|
Pelawak terkenal, Pete Davidson terpilih sebagai salah seorang daripada enam individu yang bakal ke angkasa lepas.
Perkara itu diumumkan syarikat pengendali pengembaraan angkasa lepas milik hartawan Jeff Bezos, Blue Origin, semalam waktu tempatan. Pelakon rancangan komedi Saturday Night Live itu dan lima penumpang lain dijangka berlepas pada 23 Mac depan. Davidson yang juga teman lelaki kepada bintang realiti, Kim Kardashian bakal menjadi selebriti ketiga dipilih mengikuti penerbangan tersebut selepas William Shatner dan Michael Strahan.
Penerbangan berkenaan membawa penumpang terbang melepasi permukaan atmosfera untuk beberapa minit sebelum kembali ke bumi dengan menaiki kapsul khas. Blue Origin bagaimanapun tidak mendedahkan harga tiket yang dibayar penumpang penerbangan berkenaan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.686312 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.