CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gila Keladi! Ibu, Nenek Sanggup Berhimpit Dalam Kereta

15-3-2022 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3188| Komen: 27

Memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik semakin menjadi kegilaan ramai, bahkan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkannya.


Terbaharu, tular di media sosial sebuah video memaparkan dua wanita membeli beberapa jenis pokok keladi sehingga memenuhi ruang kereta.


Kredit foto: TikTok

Menerusi perkongsian @athirahpesal, situasi di dalam kereta berkenaan telah mencuri tumpuan orang ramai yang rata-ratanya terhibur melihat keadaan tersebut.

Difahamkan, dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai yang menjual pokok bunga.


Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan neneknya yang berada di tempat duduk belakang kereta terpaksa berhimpit sambil memegang pokok keladi yang dibeli sehingga tuan badan agak terlindung kerana telah ditutupi dengan pokok.



Selain itu, wajah kedua-duanya dilihat sangat berpuas hati disebabkan berjaya membeli pokok keladi sebanyak itu dan sudah menjadi lumrah kaum wanita yang suka membuat koleksi pelbagai tanaman di rumah.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 15-3-2022 03:06 PM
Besarnya daun white christmas diaaa
Aku pun suka keladi tapi mujur belum sampai tahap gila
Quote Artemesiaa 15-3-2022 04:05 PM
Bahaya buat macam tu sesetengah pokok jenis tu beracun daunnya.  Lagi pun pokok macam ni kalau rajin banyak je tumbuh sendiri dlm kawasan estate kelapa sawit atau pinggir kampung.  Tak perlu beli di nursery sangat.
Quote Kitty_catz 15-3-2022 07:28 PM
ship has sailed... rega keladi kelada smua jatuh menjunam2 dah, org dah tak de nak beli pokok2 viral dah... group aroids smer pun kut advertise je dah sejuk beku takde yg beli

mana seller2 vongoks yg kata lg elok beli keladi dari emaih tu,,, jaman perang2 ni nengok cikit rega emaih berapa? rega keladi berapa???

meols takisah kome nak menjuai keladi kelada tp jgn le claim machiam2 , nampak sangat kebuduhan yg ketara

yihhh
Quote shernazz 16-3-2022 10:01 PM
Iols rembat je kat mak mertua iols n mak iols
Depa tau iols tanam keladi..siap depa tanya2 kat kawan2 depa kot ada anak keladi yang cantik2..hahaha
Terharu iols
Quote dua_chzy 16-3-2022 10:18 PM
Kitty_catz replied at 15-3-2022 11:28 AM
ship has sailed... rega keladi kelada smua jatuh menjunam2 dah, org dah tak de nak beli pokok2 viral ...

Memang buduh yang sanggup habiskan duit ribu2 beli keladi ni. Makan la kau keladi tu bila takda duit.
Quote Kitty_catz 17-3-2022 08:14 AM
dua_chzy replied at 16-3-2022 10:18 PM
Memang buduh yang sanggup habiskan duit ribu2 beli keladi ni. Makan la kau keladi tu bila takda du ...

itu kalau buleh makan.. mau gatal satu badan

baik la tanam keladi yg mmg buleh makan tu kannnnn
Quote puanbintang 17-3-2022 08:31 AM
gigihnya lahaii
Quote puanbintang 17-3-2022 08:36 AM
mg gigih sungguh
Quote ally9970 17-3-2022 10:38 AM
Apa yg terhibur nya?...
Quote sayawifenikmie 17-3-2022 12:00 PM
bila dah pencen ni
kak lid cuba la nak bercucuk tana
tanam serai & cili kat belakang umah
sempat la petik makan
now dah kering

then kawan2 yg juga dah pencen awal dok berlawan up gambar pokok2 bunga depa
so .. kita pun nak juga
ambik 3 pasu keladi dari rumah mak
now ... semua hampir nak kering

hehee
Quote ~boolean 17-3-2022 03:10 PM
jaman rajin tanam indoor plant, aku beli white caladium sebab trending..pehtu beli lah 2-3 jenis lagi entah apa nama..tapi popular lah dikalangan omputih..

satu hari mak aku datang lawat, dia gelakkan aku beli pokok mahal2 padahal pokok2 macam tu ada tepi parit belakang rumah arwah atok aja...
aku tak tahulah white caladium dan pokok keladi tepi parit tu spesies sama atau tak, tapi kalau tengok sekilas pandang memang sama betul...sia2 beli mahal2..
Quote Kitty_catz 18-3-2022 08:45 AM
~boolean replied at 17-3-2022 03:10 PM
jaman rajin tanam indoor plant, aku beli white caladium sebab trending..pehtu beli lah 2-3 jenis lag ...

mmg patot digelakkan

caladium ni native kat tpt kita dats y senang jumpa merata2, tp if tanam kat temperate climate daun dia jadi besau2 and nipis.. but once acclimatize cuaca sini, jd mcm keladi kampung jumpa dlm kebun sawit, tepi longkang, tepi jalan jahhh

ni sudah terbuki dgn yg gigih beli keladi obersea dari puduria rega ratus2 , sekali kluar daun baru ikut cuaca sini mmg sebijik mcm kat jamban belakang rumah punyerr
Quote renko 18-3-2022 04:45 PM
Kitty_catz replied at 15-3-2022 07:28 PM
ship has sailed... rega keladi kelada smua jatuh menjunam2 dah, org dah tak de nak beli pokok2 viral ...

tu si bodoh yg kata keladi emas dia 100k tu
xnk jual aritu
tah apa jadi skang
dah tebang kot
Quote Kitty_catz 18-3-2022 08:53 PM
renko replied at 18-3-2022 04:45 PM
tu si bodoh yg kata keladi emas dia 100k tu
xnk jual aritu
tah apa jadi skang

Hahaha dah jadi lauk kut

Sapo nk beli keladi kelada rega ribo2 dah, ate gileeeee , kat group pepokok pun seller dgn seller bercekau sbb buang rega, kastemer tersenyum sinis...
Quote MissVixen 18-3-2022 09:49 PM
Diorang ni tak takut ke dengan keladi? Aku dah trauma dengan kegatalan dia. Pelik2 je manusia ni.
Quote renko 18-3-2022 10:20 PM
Kitty_catz replied at 18-3-2022 08:53 PM
Hahaha dah jadi lauk kut

Sapo nk beli keladi kelada rega ribo2 dah, ate gileeeee , kat group p ...

Bukan main riak lagi sibodoh tu aritu
Kata xkan jual la,yakin harga melambung la apa la
Sapa la tongong sangat nk beli keladi tua tu sampai 100k
Quote Gomea 18-3-2022 11:38 PM
renko replied at 18-3-2022 10:20 PM
Bukan main riak lagi sibodoh tu aritu
Kata xkan jual la,yakin harga melambung la apa la
Sapa la to ...

Uish... Keladi ape tu sampai 100k. Tak paham aku pokok bodoh cenggini mahal nak mampos. Kalau matiiiii....
Quote renko 19-3-2022 07:49 AM
Gomea replied at 18-3-2022 11:38 PM
Uish... Keladi ape tu sampai 100k. Tak paham aku pokok bodoh cenggini mahal nak mampos. Kalau mati ...

https://www.kosmo.com.my/2021/11/21/keladi-guine-916-gold-rm100000-bukan-untuk-dijual/

Berita kat kosmo
Bukan main kerek lagi sibodoh ni
Quote artcrime 19-3-2022 08:33 AM
Makcik pokok keladi boleh geng dgn mat rempit rxz. Sama je dua².

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top