CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Baharu Ara Johari Selit Unsur Jawa Dan Cerita Dongeng Snow White

15-3-2022 12:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2159| Komen: 11|Original author: Tatod


Penyanyi kelahiran program pertandingan Akademi Fantasia 2016 iaitu Ara Johari tampil dengan lagu baharu berjudul Sumpahan Salju hasil gubahan Ziin dan lirik oleh Jerry.

Menyelitkan elemen muzik serta unsur Jawa dalam karya berkenaan, penceritaan yang ditonjolkan menerusi klip lagu turut diadun bersama cerita dongeng barat iaitu Snow White atau Puteri Salju.

Memetik laporan Media Hiburan, lirik yang diketengahkan juga berkisarkan insiden berlaku dalam kehidupan Puteri Salju.


Sumber Media Hiburan

"Lagu ini adalah adaptasi dari kisah dongeng kanak-kanak yang popular iaitu Snow White. Dari lirik lagu sahaja pun kita faham jalan cerita yang ditonjolkan dalam lagu ini.

"Saya memang suka dengan melodi unik dan berbeza dengan apa yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Dan kali ini, saya mahu cuba benda baharu yang tidak dijangka oleh siapa pun," kata wanita berusia 25 tahun itu.

Turut menjalankan perniagaan sendiri, Ara bagaimanapun masih meletakkan kerjaya seni sebagai karier nombor satu dalam hidupnya.


Sumber Media Hiburan

Kata Ara, proses rakaman lagu berkenaan kurang daripada tiga jam dan selebihnya diperhalusi oleh Zimi bagi mencantikkan lagi alunan muzik lagu berkenaan.

"Saya berada di studio mendengar beberapa material untuk dijadikan lagu baharu. Saya kemudian tertarik dengan melodi Sumpahan Salju dan tanpa membuang masa kami terus rakam lagu berkenaan," katanya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 15-3-2022 03:14 PM
Dancer yg sorang tu lagi menyerlah compared tu ara. Suara ada tap imej tu..hmmm..no here, not there.
Quote whimsicalmusic 15-3-2022 08:12 PM
Lighting n video nmpk murah..blh improve lg ni
Quote beta_carotene 15-3-2022 08:51 PM
Tak suka part intro yg low note tu.. Suara tenggelam timbul xtahu butir kata... Masuk chorus baru best sikit walaupun kedengaran a bit trying gituh
Quote bakingsoda 16-3-2022 10:21 AM
sedap jugak lagu ni
Quote riena3321 16-3-2022 12:27 PM
bukan ikut lagu Lathi kan?
Quote chanthik 16-3-2022 12:37 PM
Sheols Jawa kah?

I support Jawa totok jah nyanyi lagu irama Jawa ala dek Aisha Retno and Kak Ani mix mix yah
Quote doubleharmonic 16-3-2022 12:46 PM
kalo masuk ajl nanti pon nak berkemban kah lawan noki tayang tiak gitewww
Quote bottombikini 16-3-2022 01:37 PM
chanthik replied at 16-3-2022 12:37 PM
Sheols Jawa kah?

I support Jawa totok jah nyanyi lagu irama Jawa ala dek Aisha Retno and Kak Ani mi ...

dia ni bukan jawa banting ke

Quote bukannasigoreng 16-3-2022 01:49 PM
Ni baru betul jawa bawak budaya jawa
Quote swimswim 16-3-2022 02:26 PM
Mende diction. X dgr buah butir. Nyanyi tu boleh bukak mulut lebar sikit tak
Quote nordin84 16-3-2022 04:01 PM
pencipta dia zimi tu ex akim n majistret kan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.070823 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top