View: 1705|Reply: 11
|
Lagu Baharu Ara Johari Selit Unsur Jawa Dan Cerita Dongeng Snow White
[Copy link]
|
|
Penyanyi kelahiran program pertandingan Akademi Fantasia 2016 iaitu Ara Johari tampil dengan lagu baharu berjudul Sumpahan Salju hasil gubahan Ziin dan lirik oleh Jerry.
Menyelitkan elemen muzik serta unsur Jawa dalam karya berkenaan, penceritaan yang ditonjolkan menerusi klip lagu turut diadun bersama cerita dongeng barat iaitu Snow White atau Puteri Salju.
Memetik laporan Media Hiburan, lirik yang diketengahkan juga berkisarkan insiden berlaku dalam kehidupan Puteri Salju.
Sumber Media Hiburan
"Lagu ini adalah adaptasi dari kisah dongeng kanak-kanak yang popular iaitu Snow White. Dari lirik lagu sahaja pun kita faham jalan cerita yang ditonjolkan dalam lagu ini.
"Saya memang suka dengan melodi unik dan berbeza dengan apa yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Dan kali ini, saya mahu cuba benda baharu yang tidak dijangka oleh siapa pun," kata wanita berusia 25 tahun itu.
Turut menjalankan perniagaan sendiri, Ara bagaimanapun masih meletakkan kerjaya seni sebagai karier nombor satu dalam hidupnya.
Sumber Media Hiburan
Kata Ara, proses rakaman lagu berkenaan kurang daripada tiga jam dan selebihnya diperhalusi oleh Zimi bagi mencantikkan lagi alunan muzik lagu berkenaan.
"Saya berada di studio mendengar beberapa material untuk dijadikan lagu baharu. Saya kemudian tertarik dengan melodi Sumpahan Salju dan tanpa membuang masa kami terus rakam lagu berkenaan," katanya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Dancer yg sorang tu lagi menyerlah compared tu ara. Suara ada tap imej tu..hmmm..no here, not there. |
|
|
|
|
|
|
|
Lighting n video nmpk murah..blh improve lg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka part intro yg low note tu.. Suara tenggelam timbul xtahu butir kata... Masuk chorus baru best sikit walaupun kedengaran a bit trying gituh |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ikut lagu Lathi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols Jawa kah?
I support Jawa totok jah nyanyi lagu irama Jawa ala dek Aisha Retno and Kak Ani mix mix yah |
|
|
|
|
|
|
|
kalo masuk ajl nanti pon nak berkemban kah lawan noki tayang tiak gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bukan jawa banting ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul jawa bawak budaya jawa |
|
|
|
|
|
|
|
Mende diction. X dgr buah butir. Nyanyi tu boleh bukak mulut lebar sikit tak |
|
|
|
|
|
|
|
pencipta dia zimi tu ex akim n majistret kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|