“Tak kisahlah perkara baik ke murni ke, apa yang saya lakukan tetap ada bahan untuk mereka (netizen) perkatakan."
Pelakon Zara Zya akui tidak mampu menutup mulut semua orang daripada berkata-kata mengenainya. Terbaru, perkongsiannya mengenai kereta mewah yang menjadi idamannya, Porsche 718 Boxster yang baru dibeli turut mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan netizen. “Kali ini saya dapat juga kecaman tapi tak seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini apa saja saya buat pasti akan dapat kecaman lengkap dengan hinaan.
“Itu belum saya reviu (ulasan berbayar) produk-produk kesihatan dan keintiman suami isteri, lagilah teruk saya kena lanyak. Tapi bab kereta baharu ini, mereka ada juga kata saya riak, tapi terpulanglah,” katanya kepada Kosmo Online. Pasrah dengan segala tohmahan, Zara bagaimanapun berkata, dia tidak akan berdiam diri sekiranya sensitiviti keluarganya disentuh. “Ini cara saya hargai diri atas apa yang saya lakukan bertahun lamanya. Lain orang lain caranya. “Perihal riak atau sekadar berniat menunjuk-nunjuk, itu tidak sama sekali. Ini hanyalah permulaan dan saya mahu jadikan itu sebagai satu sumber inspirasi buat semua untuk terus berjaya tanpa kenal erti putus asa. “Selebihnya, terpulang kepada mereka. Demi Allah niat saya muat naik foto bersama kereta tersebut hanya untuk kenangan manis sahaja dan tidak lebih daripada itu,” jelasnya.
|
annadonna replied at 14-3-2022 06:48 PM
Tak payah cakap banyaklah. Semua yg ambil gambar dan upload kat socmed memang niat menunjuk dan riak ...
adelea replied at 14-3-2022 05:45 PM
Well ....couldn't agree more ..
Tak tau la kenapa ....
Some people mmg xde vibe utk nampak elegant ...
ADVERTISEMENT