CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3852|Reply: 14

"Demi Allah Tiada Niat Nak Riak" - Zara Zya Post Gambar Untuk Kenangan Manis Je

[Copy link]
Post time 14-3-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode
“Tak kisahlah perkara baik ke murni ke, apa yang saya lakukan tetap ada bahan untuk mereka (netizen) perkatakan."


Pelakon Zara Zya akui tidak mampu menutup mulut semua orang daripada berkata-kata mengenainya.


Terbaru, perkongsiannya mengenai kereta mewah yang menjadi idamannya, Porsche 718 Boxster yang baru dibeli turut mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan netizen.




Kredit foto: IG



“Kali ini saya dapat juga kecaman tapi tak seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini apa saja saya buat pasti akan dapat kecaman lengkap dengan hinaan.

“Itu belum saya reviu (ulasan berbayar) produk-produk kesihatan dan keintiman suami isteri, lagilah teruk saya kena lanyak. Tapi bab kereta baharu ini, mereka ada juga kata saya riak, tapi terpulanglah,” katanya kepada Kosmo Online.


Pasrah dengan segala tohmahan, Zara bagaimanapun berkata, dia tidak akan berdiam diri sekiranya sensitiviti keluarganya disentuh.




Kredit foto: IG



“Ini cara saya hargai diri atas apa yang saya lakukan bertahun lamanya. Lain orang lain caranya.

“Perihal riak atau sekadar berniat menunjuk-nunjuk, itu tidak sama sekali. Ini hanyalah permulaan dan saya mahu jadikan itu sebagai satu sumber inspirasi buat semua untuk terus berjaya tanpa kenal erti putus asa.

“Selebihnya, terpulang kepada mereka. Demi Allah niat saya muat naik foto bersama kereta tersebut hanya untuk kenangan manis sahaja dan tidak lebih daripada itu,” jelasnya.




  



Yang terasa atau cemburu dengan perkongsian Zara tu, apa kata ambil nasihat Aaron Aziz yang membeli Tesla, baru-baru ini.

"Kerja keras dan doa, InshaAllah siapapun boleh dapat apa yang mereka idamkan," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 02:34 PM | Show all posts
dia ni mcm xnampak classy
ko bergambar la sebelah benda mahal mcm mana pon

nampak kg ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Well ....couldn't agree more ..
Tak tau la kenapa ....
Some people mmg xde vibe utk nampak elegant and classy ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah cakap banyaklah. Semua yg ambil gambar dan upload kat socmed memang niat menunjuk dan riak. Tak payah nak defend yourself. Kalau aku pun terkadang terlajak jugak show off something sebab memang niat nak show off. Mengaku ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg cam kamp sikit tapi sbb dia ske buat hal sendiri je xkacau org so ok je dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu ok je.. lepas dah start buat product review & meniaga jadi lain macam. Dah la buat review produk ntah hapa2, siap share video goyang nenen (bukan nenen dia tapi nenen orang lain la)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2022 08:24 AM | Show all posts
alah dah upload layan je takkan kita nak expect semua orang sentiasa puji kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 09:07 AM | Show all posts
entah la.. pakai la kereta mahal mcm mana pun.. zara ni ada vibe kg.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2022 09:10 AM | Show all posts
dia nie dari mula blakon sampai skrg.. muka bermcm version.. pastu ntah la blakon pn mcm tu jer.. x best sgt dia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 14-3-2022 06:48 PM
Tak payah cakap banyaklah. Semua yg ambil gambar dan upload kat socmed memang niat menunjuk dan riak ...

Hahaa... Ni betul la. Tujuan upload kat socmed sebenarnya mmg utk show off pun tak kisah la sapa pun baik retis, marhein yg nobody. Ada kala kalau aku nk show off somethig pun aku upload je kat socmed dan purposely aku letak kat caption "saja nak show off" Kalau betul utk kenangan sendiri takda niat nak tayang kat org, gamba tu akan stay je dlm fon setahun sekali google photo remind memory.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik beli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 03:13 PM | Show all posts
tahniah laa. tak pernah follow pn dia ni sbb mcm tak best hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai sekarang aq hairan retis2 nie. tengok lofe macam sendu jee, berlakon pon tak, bisnes pon xbrapa nak jalan tapi kayaa nya memang next level. Mana diorang dapat ea duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:02 PM | Show all posts
adelea replied at 14-3-2022 05:45 PM
Well ....couldn't agree more ..
Tak tau la kenapa ....
Some people mmg xde vibe utk nampak elegant  ...

ye nampak biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-6-2022 02:30 PM
sampai sekarang aq hairan retis2 nie. tengok lofe macam sendu jee, berlakon pon tak, bisnes pon xbra ...

Kelopak tu ok lagi sbb famili pon mmg kayo …
Che ta and zain lagi confuse …wpun che ta boleh tahan byk job lately ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057294 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list