CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice 'Perang' Dengan Aaron Aziz, Gaduh Betul Atau 'Marketing'?

12-3-2022 02:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7331| Komen: 22|Original author: Tatod


Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan ada seorang artis yang tiba-tiba sahaja cuba cari pasal terhadapnya.

Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story yang dimuat naik 15 jam lalu, Caprice mengatakan individu berkenaan bermain 'game' dengan orang yang salah.

Penyanyi berkenaan turut mendakwa ia mungkin salah satu strategi 'marketing' iaitu dengan mempergunakan dirinya terlebih dahulu bagi melariskan produk.

"Tidak mengapa, saya cover dulu muka awak atas rasa hormat. Saya bagi peluang untuk abang fikir betul-betul.

"Lihat story seterusnya agar anda tahu OG sebenar. Sebelum artis lain masuk dalam industri, cuba teka siapa yang mulakan gelombang itu?" katanya.



Turut memuat naik perkongsian di IG 'feed', kedengaran suara seorang lelaki dipercayai milik pelakon Aaron Aziz.

Berdasarkan video berkenaan, kedengaran individu itu menyebut ayat ambil 'beat' dan buat lagu serta menyebut nama seseorang berserta komen yang ditulis.

Kedengaran juga perkataan 'disposable' yang selalunya merujuk pada 'vape'.  Berkemungkinan dialog berkenaan diungkapkan ketika sesi 'live'.

Meninjau di IG Aaron, aktor kelahiran Singapura itu membuat hantaran 'panas' di IG Story.



Beberapa minit lalu, Aaron memuat naik video memaparkan dia sedang bertikam lidah dengan Izuan Razali, pelakon yang baru-baru ini dikecam teruk gara-gara aksi 'prank' tepuk meja di sebuah restoran.

Berdasarkan video berkenaan, kedua-dua pelakon itu berada di sebuah kedai yang menjual barangan berkaitan rokok elektrik itu.



Perkongsian di IG Story dan feed tidak dapat dipastikan adakah merujuk pada orang yang sama atau pun individu berbeza.

Di akaun Tiktok Izuan pula, dia turut memuat naik video sama dengan kapsyen memohon maaf.

Sementara itu, di ruangan komen 'posting' Caprice, ramai percaya isu yang dibangkitkan hanyalah startegi pemasaran semata-mata.




Betul-betul atau marketing saja ni? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 12-3-2022 02:57 PM
Menguap skala infinity
Quote msel 12-3-2022 03:12 PM
Tak paham dan malas nak paham
Quote Normabaru 12-3-2022 03:40 PM
Elok plak xkena sound kkm segala..sejak bila vape dgn rokok xsama kesan

Lg satu marketing xpayah pki mask ke..sila Saman!
Quote laksmanabentan 12-3-2022 03:49 PM
hahaha... jantan2 pun nak main perli2 ker??
hahhahahaa... jantan sgt kan sikit2 sentap...
Quote imransulaiman 12-3-2022 03:58 PM
Makin naik minyak pula perangai peti ais kayu tu ye.. Strategi nak kekal relevan ke?
Quote Mulotkoyak 12-3-2022 04:37 PM
Ak nk bg conclusion laaa…bahawa thread ni sgt membosankan. And para acik kepam dalam ni pasti bersetuju.
Quote mojarean_X 12-3-2022 04:56 PM
Napa aku rasa bang haron ni mcm dh downgrade je classy dia
Quote dudaberhias 12-3-2022 05:01 PM
marketing tak menjadi... sebab dua2 kesenduan dan suam kuku... jadi tak ramai audience kisah atau nak layan...
yang akan beli pun mat rempit jer nyah benda2 ni... acik2 sek2 porum semua tak layan nak isap2 wap air lepastu hembus sambil ketik2 keyboard mengumpat... lagi bagus beli susu esen atau kek mamasabariah... kurang2 boleh kambus benda2 tu buat tambak tanah untuk bina rumah atas tapak sendiri berbanding beli rumah area damansara / kl tapi tanah sekang2 kera kena berhimpit macam tin sardin... kucate plak takyah beli sebab 2023 akan ada infaq secara percuma bertan2 sebelum expired...
Quote tikusmontok 12-3-2022 11:39 PM
Sketsa hanat apa 3 mangkuk ni?
Quote KucingBiru 12-3-2022 11:53 PM
Banyak pulak keluar kisah mat haron ni lately. Gay scene la, bekap kaklong mafia kfc la, tesla la.....
Quote incess.my 13-3-2022 12:08 AM
Malas akak nak layan
Quote cikgojesss 13-3-2022 12:44 AM
kenapa makin sangkak ya si rogayah harun ni? sejak mula2 covid dulu bukan main lagi heshe laki bini potray imej insafi diri siang malam kunyah skrip masyaallah tabarakolloh pelbagai?? kulu kilir tunggang kopiah n berjubah acah2 dah tak kuasa kejar glemer.. ujung2 kuar drama duk riba peluk pelakon cikki yihhhh

sah2 la korang dah sangkak kedana sebab tu sauk segala job n create gosip tongong.. tengok muka jah makin tua berkepam macam abah2 tak cukup duit desperate jual peti ais sangkak tepi jalan temasek.. dulu verangan hidup yislamik ujung2 kantoi sangkak.. cash la sebab fake
Quote de_ikea 13-3-2022 12:52 AM
Tak paham. Pastu malas nak paham. Simpanlah RAM ROM otak ni utk yg best lagik
Quote jargon 13-3-2022 12:52 AM
dudaberhias replied at 12-3-2022 05:01 PM
marketing tak menjadi... sebab dua2 kesenduan dan suam kuku... jadi tak ramai audience kisah atau na ...

Tapiiii klau abam harun peluk iols,iols akan memendap dkat dada heols berbanding keprissss no thanks jelah
Quote rosannazmia 13-3-2022 12:56 AM
Bukan haron ni umur dah nak msk 50??????? pe gaduh ngn dak kecikkkkkkk!!?? Lagi satu dia bkn amik spm lah topi nanas eh nasi.. dia org spore .. n satu lagi topi nasi ni dia sekolah kat malaysia ke juga!???
Quote she 13-3-2022 03:13 PM
Buruk bila laki gaduh sindir menyindir
Euwwwwww
Quote nakkomenjugak 13-3-2022 08:58 PM
sampah
sendu
sentap
fonen
pergi mamp
Quote anilanil 14-3-2022 06:53 AM
Org tgh sibuk nak buat second post mortem tongmo nida korang sibuk bergaduh kat kedai vape...
Quote Mamidingdong 14-3-2022 07:45 AM
Bosan la nasi basi ni, dok ulang2 post spend time dgn anak tiri

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062017 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top