“Jika salji dan embun digunakan (untuk bersuci) sebelum dicairkan; sekiranya ia mengalir di atas anggota (wuduk) kerana cuaca panas, atau kepanasan suhu badan, atau meningkatnya suhu salji, maka sah wuduknya mengikut pendapat yang sahih, dan inilah yang diputuskan secara qat’ie oleh Jumhur (ulama). Pendapat kedua mengatakan tidak sah, kerana itu tidak dipanggil sebagai basuhan (atau mandian). Inilah pendapat yang diceritakan dari sejumlah ulama, seperti yang diputuskan oleh Qadhi Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Basri, pengarang al-Hawi, dan Abu al-Faraj Muhammad bin Abdul Wahid bin Muhammad al-Darimi, pengarang al-Istizkar. Mereka berdua ialah ulama kibar (utama) daripada kalangan ulama (Syafieyyah). Dan disandarkan juga oleh al-Darimi kepada Abu Saied al-Istakhri. Sekiranya tidak mengalir maka tidak sah basuhan tanpa khilaf, tetapi sah sapuan pada kepala, khuf dan balutan. Inilah mazhab kami (Syafie)”.
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (1/181)

ezacbee replied at 13-3-2022 12:00 PM
Amik wuduk guna air paip musim sejuk ni fuhhhh boleh cramp muka tangan kaki.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.106412 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.