CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 5490|Reply: 27

Berwuduk Guna Salji, Video Gambit Saifullah Jadi Perdebatan Netizen

[Copy link]
Post time 12-3-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa iaitu Gambit Saifullah baru sahaja membuka akaun TikTok dan memuat naik video pertamanya, semalam.



Menerusi perkongsian berkenaan, ia memaparkan Gambit sedang mengambil wuduk menggunakan salji ketika berada di Pakistan.



Walaupun pembukaan akaun TikTok berkenaan mendapat maklum balas positif daripada peminat aktor tersebut, namun perkongsian pertama telah menjadi perdebatan netizen.










Ada yang mengatakan salji berkenaan terlebih dahulu perlu dicairkan selain mempertikaikan tahap kebersihan salji yang berkemungkinan tercemar dengan benda bersifat najis.


Selain itu, segelintir turut memperkatakan rantai leher yang dipakai oleh pelakon itu dan berharap agar Gambit tidak memakai sebarang aksesori yang sinonim dengan wanita.


Netizen masing-masing melontarkan pandangan mereka terhadap cara Gambit berwuduk. - CARI















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Salji kan consider as air mutlak. If im not mistaken?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 06:19 PM | Show all posts
Video lama Kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 11:26 PM | Show all posts
Edited by zarulnazmi at 12-3-2022 11:30 PM

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3895-al-kafi-1482-bersuci-dengan-air-tadahan-pendingin-hawa


“Jika salji dan embun digunakan (untuk bersuci) sebelum dicairkan; sekiranya ia mengalir di atas anggota (wuduk) kerana cuaca panas, atau kepanasan suhu badan, atau meningkatnya suhu salji, maka sah wuduknya mengikut pendapat yang sahih, dan inilah yang diputuskan secara qat’ie oleh Jumhur (ulama). Pendapat kedua mengatakan tidak sah, kerana itu tidak dipanggil sebagai basuhan (atau mandian). Inilah pendapat yang diceritakan dari sejumlah ulama, seperti yang diputuskan oleh Qadhi Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Basri, pengarang al-Hawi, dan Abu al-Faraj Muhammad bin Abdul Wahid bin Muhammad al-Darimi, pengarang al-Istizkar. Mereka berdua ialah ulama kibar (utama) daripada kalangan ulama (Syafieyyah). Dan disandarkan juga oleh al-Darimi kepada Abu Saied al-Istakhri. Sekiranya tidak mengalir maka tidak sah basuhan tanpa khilaf, tetapi sah sapuan pada kepala, khuf dan balutan. Inilah mazhab kami (Syafie)”.

Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (1/181)



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahan la gak dak gambit ni nak solat bila kat negara org, sepupu meols sendirik balik msia setlh sekian lama x balik tanya iols mana dulu tgn or muka sblm nak amik wuduk.. gituhhhhhhh … lagi lah teruk skrg ni dah lama giler x balik sblm covid lagi dah nak plak covid 2 thn ni..ddk kat aussie jew pownnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan di kat atas gunung yg takde air paip. Ni kat tepi bangunan rupanya. Takkan takde air paip kat situ? Gigih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2022 11:55 AM | Show all posts
so rantai kat leher tu buat2 tak nampak? sah ke bawak ke solat hah izznoreen?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:00 PM | Show all posts
Amik wuduk guna air paip musim sejuk ni fuhhhh boleh cramp muka tangan kaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya amal tanpa ilmu. Lbh kepada nak tunjuk utk content
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Meolz solat guna ayaq paip masa kt oberc dulu mau tersentakkk otak meolzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dia pu. Dapatkan nasihat dari diaorg yg kat sana ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaaaa korg ni content tiktok je kot itupun nk cayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 05:00 PM | Show all posts
boleh jer sebab bila kena badan salji tu akan cair dan tangan auto basah... cumanyaaa gigihnya ko nak berwuduk guna salji bagai... takde air dah ke???

tayammum pun boleh kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni dulu hat g obersi masuk poker game tu kan....i minat die dlm paskal....nampak baik je
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul latu....bende salah yg nmpak kan netz ni pun
Kita mana tau ada area or wilayah ssah nak dapatkan sumber air tambah2 musim sejuk air ssah nak mengalir dlm paip
Entah2 netz pun ramai dah jejak ke pakistan kott
Tapi menurut kwan iols yg berlakikan laki pakistan sms trip blk kg lakinya suatu masa dulu pakistan punya air bersih sbb sumber air dari gunung
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak travel overseas bwk la botol spray isi air siap2 dlm tu. Blh buat wuduk hanya spray je kt anggota wuduk. Pastikan spray byk kali supaya air tu mengalir, bkn spray sekali & biarkan air tu duduk setempat kt kulit. Yg tu wuduk jd tak sah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 09:56 AM | Show all posts
susah nya jadi meleis ni semua nak kesenangan dekat melesia bekalan air dimana2 nak amik wuduk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:07 AM | Show all posts
ok la utk gali balik ilmu zaman2 kafa dlu..tp selebihnya utk content..p obesi nak berwudhuk kat tmpt bersalji tu standby je la air dlm btol bleh spray2 tu..xde hal sbnrnye kalau darurat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aer mutlak..jnji yakin..kalu rsa mudah.ya terpulang,yg penting sholatttt.iyakannn. kurang2 mna x tau bley tau..ko terd3sak x dak aer.now da tau salji pon bleyy.sbb skang yg common org tau aer mutlak(paip) kolah sejid n jika takdak air,tayamum..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 13-3-2022 12:00 PM
Amik wuduk guna air paip musim sejuk ni fuhhhh boleh cramp muka tangan kaki.

Kan chuols. Tak payah tunggu pergi oversea, kan cameron highland pun dah gigil
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:02 AM GMT+8 , Processed in 1.078747 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list