CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Muka Sebiji Macam Wawa," Wawa Zainal Seronok Wajah Anak Bongsu Sepertinya

11-3-2022 11:23 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3185| Komen: 14|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Wawa Zainal


Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti yang sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka tahun lalu. 

Sumber: Instagram Wawa Zainal


Pada mulanya anak bongsu mereka diberi nama Jibril Ibtisam. Namun nama itu telah ditukarkan kepada Muhammad Fahri kerana anak bongsu mereka sering menangis.


Tidak banyak gambar baby Fahri dikongsikan oleh kedua ibu bapanya. Namun kelmarin, Wawa telah memuat naik video Fahri yang kini sudah berusia 3 bulan lebih. Cepat sungguh masa berlalu. 

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wawa di akaun Instagram miliknya, kelihatan Wawa sedang berborak dengan anak bongsunya. Di ruangan kapsyen, Wawa mengatakan bahawa Fahri sangat suka 'bercakap' dan ketawa apabila bangun daripada tidur. Namun apabila sudah mengantuk, Fahri akan tantrum dan menangis seolah-olah kena pukul.


Video yang dikongsikan oleh Wawa kini telah ditonton lebih 323 ribu tontonan oleh peminat Wawa. Kecil-kecil dah pandai tarik perhatian orang dengan wajah comelnya itu. 

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Terdapat juga netizen yang mengatakan bahawa wajah Fahri sangat seiras dengan Wawa. Hal ini menyebabkan Wawa berasa sangat seronok.  

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Tak lama lagi mesti kita akan melihat Fahri dah boleh berjalan dan bercakap. Semoga Fahri membesar menjadi seorang anak yang soleh.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 11-3-2022 12:55 PM
Jgn tyg sgt..Ain Wawa oiii...

Eh lupa Laki bkn ustet
Quote mesmerize 11-3-2022 12:58 PM
apasal ai nampak muka baby tu lagi banyak ikut muka bapak dia .. especially part mata
Quote makcun14 11-3-2022 01:00 PM
Walaupun i nyampah dengan couple budget terpaling influencer ni I ngaku la anak anak dorang helok belaka.
They make pretty babies
Quote uori 11-3-2022 01:01 PM
kalau muka tak sama tak seronok ka
Quote kikuri 11-3-2022 01:26 PM
tah la wawa..tapi nmpk iras aeril je..
Quote bukannasigoreng 11-3-2022 01:27 PM
comel semua!
Quote newyork 11-3-2022 01:29 PM
Comel2 anak dierang..
Quote syamzana 11-3-2022 01:49 PM
tak kisah la iras sapa pun yg pntg anak2 sume cun2. makbapak pun cun+ensem tp kene dlm keadaan pegun je. ada unsur2 gerakan je, kabur terus keindahan pandangan tu.
Quote prizadane 11-3-2022 01:51 PM
mesmerize replied at 11-3-2022 12:58 PM
apasal ai nampak muka baby tu lagi banyak ikut muka bapak dia .. especially part mata

ai pun nampak baby ni ikut paknya.
wawa nak sedapkan hati sendiri kot...haha
Quote nawtylulu 11-3-2022 02:00 PM
helok2 ank die sume. x kisah la ikut muka sapa pon. jnji helokkk
Quote CurangLagi 11-3-2022 02:11 PM
Comel belaka anak wawa ni.. haha. family ni agak kayangan juga ya? bisnes apa family ni?
Quote tomiko_haza 11-3-2022 03:51 PM
muka baby ni berubah2..tggu lg dua bln lain dh muka dia ..so nak tau ikut muka sapa tggu la besar sikit lagi
Quote SayaSayangMama 11-3-2022 04:32 PM
ank siti sinafwa ru paling sedap rasa nk gomol

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.098800 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top