CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesihatan Semakin Merosot, Susah Nafas- Ali XPDC Ditidurkan

11-3-2022 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4153| Komen: 29

Keadaan kesihatan penyanyi Ali XPDC yang dimasukkan ke Hospital Ampang sejak seminggu lalu semakin merosot dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.


Isterinya, Sharifah Syarzana memohon semua peminat dan rakan-rakan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk penyanyi itu.

"Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital," katanya kepada Harian Metro.

Ali dikejarkan ke Hospital Ampang pada Jumaat lalu selepas didapati tidak bermaya.

Foto: Harian Metro

Difahamkan Ali bersama kumpulannya berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.


Sementara itu, Facebook kelab peminat XPDC turut memaklumkan keadaan terkini penyanyi itu.

Menurut pengendali laman sosial itu, Ali tidak dijangkiti Covid-19 dan meminta peminat terus mendoakan kesihatan penyanyi itu kembali pulih.



"Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

"Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah tidurkan sementara buat masa ini.

"Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

"Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-3-2022 08:28 AM
Sakit ape ni...
Quote lasagna 11-3-2022 08:39 AM
allahuakbar. syafakallah utk abg ali xpdc.
Quote me12345 11-3-2022 08:40 AM
Covid ke .......
Quote purpler 11-3-2022 08:48 AM

sebelum ni dia pernah masuk hospital sbb lemah jantung...
mungkin yg ni ada kaitan dgn jantung jgk rasanya...

Quote kikuri 11-3-2022 09:27 AM
semoga diberikan kesembuhan
Quote takayama 11-3-2022 09:39 AM
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala buat Ali
Quote kiah_mai_pulak 11-3-2022 09:47 AM
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala buat Ali
Quote acikku 11-3-2022 09:47 AM
Semoga diberi kesembuhan
Quote afie_m 11-3-2022 11:02 AM
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat
Quote missHaidiD 11-3-2022 11:10 AM
Semoga diberikan kesembuhan

Ali ni aku ingt 1 je lagu dia yg berhantu bunga angkasa. Lain tak tau lagu apa dia nyanyi
Quote bukannasigoreng 11-3-2022 11:12 AM
semoga diberikan kesembuhan
Quote imanjannah 11-3-2022 11:16 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. moga kembali sembuh Ali
Quote olezzeli17 11-3-2022 11:20 AM
Didoakan semoga Allah Ta'ala memberikan kesembuhan buat Ali dan dipermudahkan segala urusan Ali serta keluarganya.
Quote h0lysh1t 11-3-2022 11:23 AM
Semoga kembali sembuh..
Quote rrgal 11-3-2022 11:27 AM
Semoga abg ali kembali sihat. Aamiinn ya Rabb
Quote cheezel 11-3-2022 11:30 AM
Semoga cepat sembuh
Quote jijilaaa 11-3-2022 11:31 AM
semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat
Quote fadz84 11-3-2022 11:33 AM
missHaidiD replied at 11-3-2022 11:10 AM
Semoga diberikan kesembuhan

Ali ni aku ingt 1 je lagu dia yg berhantu bunga angkasa. Lain tak tau l ...

Tu lagu yg plg berhantu dia ngn Terra Rossa... ngn XPDC plk lagu Teman, Semangat Perjuangan Harmoni, Kenapa Apakah, Tanggis Darah & Sakinah pernah popular dulu..
Quote fadz84 11-3-2022 11:35 AM
Moga diberikan kesembuhan untuk Ali.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053222 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top