View: 3773|Reply: 29
|
Kesihatan Semakin Merosot, Susah Nafas- Ali XPDC Ditidurkan
[Copy link]
|
|
Keadaan kesihatan penyanyi Ali XPDC yang dimasukkan ke Hospital Ampang sejak seminggu lalu semakin merosot dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.
Isterinya, Sharifah Syarzana memohon semua peminat dan rakan-rakan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk penyanyi itu.
"Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital," katanya kepada Harian Metro.
Ali dikejarkan ke Hospital Ampang pada Jumaat lalu selepas didapati tidak bermaya.
Foto: Harian Metro
Difahamkan Ali bersama kumpulannya berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.
Sementara itu, Facebook kelab peminat XPDC turut memaklumkan keadaan terkini penyanyi itu.
Menurut pengendali laman sosial itu, Ali tidak dijangkiti Covid-19 dan meminta peminat terus mendoakan kesihatan penyanyi itu kembali pulih.
"Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.
"Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah tidurkan sementara buat masa ini.
"Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.
"Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
allahuakbar. syafakallah utk abg ali xpdc. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni dia pernah masuk hospital sbb lemah jantung...
mungkin yg ni ada kaitan dgn jantung jgk rasanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberikan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala buat Ali |
|
|
|
|
|
|
|
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala buat Ali |
|
|
|
|
|
|
|
moga diberi kesembuhan dan kembali sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan
Ali ni aku ingt 1 je lagu dia yg berhantu bunga angkasa. Lain tak tau lagu apa dia nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberikan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Didoakan semoga Allah Ta'ala memberikan kesembuhan buat Ali dan dipermudahkan segala urusan Ali serta keluarganya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga abg ali kembali sihat. Aamiinn ya Rabb |
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 11-3-2022 11:10 AM
Semoga diberikan kesembuhan
Ali ni aku ingt 1 je lagu dia yg berhantu bunga angkasa. Lain tak tau l ...
Tu lagu yg plg berhantu dia ngn Terra Rossa... ngn XPDC plk lagu Teman, Semangat Perjuangan Harmoni, Kenapa Apakah, Tanggis Darah & Sakinah pernah popular dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga diberikan kesembuhan untuk Ali. |
|
|
|
|
|
|
| |
|