Sehingga kini, tragedi nahas dua kapal terbang, MH370 dan MH17 yang berlaku beberapa tahun yang lalu masih segar di ingatan rakyat Malaysia.
Pelbagai cara masyarakat lakukan bagi mengingati tragedi itu tanpa sebarang halangan, asalkan ianya tidak melampaui batasan. Bagaimanapun, baru tadi tular di Twitter perbuatan tidak sensitif yang mengambil kesempatan untuk mendapat untung dengan menghasilkan barangan kononnya diinspirasikan dari kisah tragedi MH370 dan MH17. Difahamkan, penanda buku yang dihasilkan itu memiliki reka bentuk seperti tiket penerbangan terakhir untuk pesawat MH370 dan MH17.
Biarpun kapsyen dalam ciapan itu kelihatan berpuas hati dengan hasil rekaan penanda buku tersebut, lain pula bila meninjau di ruangan komen kerana rata-rata netizen meninggalkan komen seperti tidak berpuas hati serta menganggap ianya tidak sensitif terutamanya buat keluarga mangsa. Mungkin tidak tahan dikecam, pengguna akaun yang memuat naik gambar penanda buku berkenaan tampil bersuara mengenai isu itu. Sumber: BeautifulNara
|
iman_kasih replied at 10-3-2022 04:30 PM
Unik!
supernaturalee replied at 10-3-2022 04:59 PM
Mn x uniknya
Mn nk sangka bln 3 mh370 hilang
Lps 4 bln plk x psl2 mh17 plk kena tembak
ADVERTISEMENT