CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pil Covid Didakwa Ada Cip Elektronik, Siap Boleh Kawal Minda

10-3-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 994| Komen: 2

Hampir tiga tahun negara dilanda wabak Covid-19, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membendung virus berkenaan termasuklah pengambilan vaksin.

Terbaru, ubat anti viral yang akan digunakan bagi merawat pesakit positif COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana yang diberi nama Paxlovid.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan pil tersebut disyorkan untuk orang dewasa serta individu yang berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pegganti kepada suntikan vaksinasi yang dijalankan ketika ini.

Bagaimanapun, sejak semalam tular di media sosial perbualan di aplikasi WhatsApp dimana ada yang mendakwa pil tersebut mempunyai cip pengesan yang akan menghantar signal sebaik sahaja memakannya.




Lebih lucu, mesej itu mendakwa sebaik sahaja masuk ke dalam badan hidup individu itu akan dikawal selamanya termasuk minda mereka.

Perbualan mesej yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang juga seorang doktor mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.



Dalam pada itu, doktor dikenali sebagai Khairul Hafidz itu juga berkata ada sesetengah pil mengandungi sensor namun ianya untuk mengetahui adakah ubat yang dimakan itu telah dihadam oleh perut. -CARI

Sumber: Gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 10-3-2022 12:32 PM
yoko.......
Quote mojarean_X 10-3-2022 12:33 PM
At this stage, i percaya je semua teori konspirasi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.365103 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top