CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Dan Isteri Nak Buka YouTube 'Channel', Peminat Berikan Sokongan

10-3-2022 12:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1015| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri bercadang untuk membuka sebuah saluran YouTube berkongsi aktiviti mereka sebagai contoh video 'mukbang'.Pem ...

Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri bercadang untuk membuka sebuah saluran YouTube berkongsi aktiviti mereka sebagai contoh video 'mukbang'. 

Pemuda berusia 24 tahun itu menciap perkara tersebut menerusi aplikasi media sosial Twitter dan meminta pendapat daripada peminatnya terhadap perancangan yang ingin dilakukan.


Sebahagian besar daripada maklum balas yang diterima rata-rata menggalakkan pasangan itu meneruskan perancangan mereka. Masing-masing mencadangkan kandungan yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminatnya.

Ada antara peminat yang meminta agar pelantun lagu turut memuat naik video 'cover' lagu dengan susunan baharu selain menyatakan sudah tidak sabar menonton perkongsian pertama yang akan dimuat naik.

Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dan memberikan pendapat agar mereka menjalani kehidupan yang lebih privasi tanpa terlalu mendedahkan sebahagian daripada kehidupan mereka.

Netizen turut menyatakan risiko yang berkemungkinan mereka perlu hadapi apabila pasangan itu aktif di YouTube. Semakin banyak perkongsian dibuat, semakin tinggi risiko mereka untuk menjadi bahan kecaman warga maya. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 10-3-2022 02:11 PM
Yg ni ke acah2 alim sgt tp gambar kahwin bertebaran pic cium peluk bini dgn aksi menghairahkan dpn umum.
Ko dah tertipu dgn permainan syaiton dik..bini tu pun aurat(aib)  sebenarnya
Quote slyfynx 10-3-2022 02:36 PM
So nnt kt youtube tu kene pakai telekung ke eh?
Hahahahah
Quote tuntasha 10-3-2022 02:58 PM
Edited by tuntasha at 10-3-2022 03:04 PM

Hahaaha laki bini sama chasing clout.So gimik lah eh bini tak pregnant sebenarnya
Quote hazira_gomez 10-3-2022 03:00 PM
Edited by hazira_gomez at 10-3-2022 03:01 PM

buatlah kalau suka qiem.. boleh ikut contoh video sendu mira filzah dan emir tu.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048069 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top