Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri bercadang untuk membuka sebuah saluran YouTube berkongsi aktiviti mereka sebagai contoh video 'mukbang'.
Pemuda berusia 24 tahun itu menciap perkara tersebut menerusi aplikasi media sosial Twitter dan meminta pendapat daripada peminatnya terhadap perancangan yang ingin dilakukan.
Sebahagian besar daripada maklum balas yang diterima rata-rata menggalakkan pasangan itu meneruskan perancangan mereka. Masing-masing mencadangkan kandungan yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminatnya.
Ada antara peminat yang meminta agar pelantun lagu turut memuat naik video 'cover' lagu dengan susunan baharu selain menyatakan sudah tidak sabar menonton perkongsian pertama yang akan dimuat naik.
Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dan memberikan pendapat agar mereka menjalani kehidupan yang lebih privasi tanpa terlalu mendedahkan sebahagian daripada kehidupan mereka.
Netizen turut menyatakan risiko yang berkemungkinan mereka perlu hadapi apabila pasangan itu aktif di YouTube. Semakin banyak perkongsian dibuat, semakin tinggi risiko mereka untuk menjadi bahan kecaman warga maya. -CARI
|