CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Evan Rachel Wood Dakwa Bertahun-Tahun Jadi Mangsa Perkosa Marilyn Manson

9-3-2022 06:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3246| Komen: 17|Original author: Tatod

Sumber Entertainment Weekly

Pelakon, penyanyi dan model, Evan Rachel Wood menerusi bahagian satu siri dokumentari Phoenix Rising sebelum ini mendakwa dia telah menjadi mangsa rogol bekas teman lelakinya, Marilyn Manson sepanjang tempoh mereka bersama dari 2006 hingga 2011.

Tidak hanya dipaksa melakukan hubungan seksual, Wood turut mendakwa Manson telah membiusnya menggunakan pil tidur serta dadah jenis syabu dan memperkosanya ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selepas bahagian pertama itu ditayangkan, Manson diwakili peguamnya mengeluarkan kenyataan mengatakan pendedahan Wood adalah satu konspirasi menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai.

Manson juga mengatakan dia bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Wood atas kesalahan fitnah.

Walaupun berhadapan dengan risiko saman daripada Manson, perkara itu sama sekali tidak menghalang Wood untuk terus melakukan pendedahan mengenai perbuatan penyanyi itu terhadapnya dalam temu bual siri kedua Phoenix Rising.


Antara pendedahan yang bakal diceritakan oleh Wood adalah mengenai sikap Manson yang tidak peduli akan keadaan dirinya yang baru sahaja selesai menjalani prosedur menggugurkan anak.

"Dia meninggalkan saya ketika sedang menjalani proses pengguguran. Saya sangat sedih dan takut. Saya sedar, setiap wanita diberikan hak untuk membuat pilihan tetapi tidak bermakna saya tidak berduka.

"Selesai prosedur, dia meminta saya untuk menyediakan makan malam sedangkan saya perlu berehat," katanya.

Selain itu, antara kisah yang dikongsikan adalah sikap Manson yang enggan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 9-3-2022 08:29 PM
Kau yang couple dgn dia..
Bukan kne paksa sbb kerja ke ape..
Kita #metoo jugak ke ni?
Quote missyL 9-3-2022 10:39 PM
Lawa nye die nie
Quote missyL 9-3-2022 10:40 PM
lattehazelnut replied at 9-3-2022 08:29 PM
Kau yang couple dgn dia..
Bukan kne paksa sbb kerja ke ape..
Kita #metoo jugak ke ni?

Ntah la uols

Tp ape lah die nk expect dr lelaki cm manson tu
Tgok mekap je pn dah seram sejuk
Quote Perawankota 10-3-2022 02:31 AM
Tengok si manson tu pon dh pelik satu mcm...
Quote whimsicalmusic 10-3-2022 08:26 AM
Manson tu mmg pelik..da tao die mcm tu still nk kapel jgk..ni semua sbb name n power..bkn die xleh blah pn time tu..nak ngn xnk je kot
Quote babelina 10-3-2022 09:26 AM
sedangkn suami isteri.. klau ajk bersama cara paksa pn dh salah.. ini kn pula gf/bf.. seram btl dgr relationship mcm nie..
paling seram yg suntik2 dadah tu..
Quote lasagna 10-3-2022 01:30 PM
lahhh ada nafsu jugeks ek si manson ni ek? igt gothic2 ni xde laa ghopenya lagi dahsatttt. my gawd. takoddd.
Quote alesandra 10-3-2022 05:07 PM
lasagna replied at 10-3-2022 01:30 PM
lahhh ada nafsu jugeks ek si manson ni ek? igt gothic2 ni xde laa ghopenya lagi dahsatttt. my gawd.  ...

manson ada nafsu tu xde la kepelikan sgt.tapi yg si wood  neh ada napsu kat makhluk manson tu yg musykil.wasted je.. muka lawa...judgement sedehhh
Quote doubleharmonic 10-3-2022 10:18 PM
dah ko jugak yang hadap menoreen menson tu sampai 5 tahun motip?
Quote lasagna 11-3-2022 08:35 AM
alesandra replied at 10-3-2022 05:07 PM
manson ada nafsu tu xde la kepelikan sgt.tapi yg si wood  neh ada napsu kat makhluk manson tu yg m ...

hahahahaa yg pelik dah tentu si wood tu, lama nau 5 taon wehh. lagi mau hadap.
Quote my_irina 11-3-2022 08:49 AM
dah ade dkt sedozen perempuan accused dia ade sexual assault
if sorang dua maybe la tak caye...
Quote myakayina 11-3-2022 09:21 AM
aku tengok pun seram jantan tu..mcm mana la ko boleh couple dgn dia..
Quote beatgirlX 12-3-2022 10:38 PM
Wasted....ke Manson ni pakai guna2
Quote dekmieDandy 15-3-2022 11:33 AM
marilyn manson ni kira hot ke?? aku google gambar time muda pun cam hurmmmm

bekas bini pun hot giler
Quote Prickford 15-3-2022 11:49 AM
Eh sheolls yg beria sanjung dia sebab masa sheolls dengan dia pon, sheolls suam2 kuku. Dah sedap kongkek, pastu nama dah start nak hilang dari radar, mula la buat pendedahan sana sini. Typical Hollywood, kalau start nak suam2 je, mula la dedah skandal seks la, dedah kena rogol la.
Quote Artemesiaa 15-3-2022 04:17 PM
Dah lama baru berani nak bersuara
Quote tompie 15-3-2022 05:40 PM
asal berboifren glamer.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top