CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Relaks Betul Abah!" - Aliff Syukri Pandai 'Handle' Anak Kena Sengat Obor-obor

9-3-2022 04:49 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2292| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Dato Aliff


Tahun lalu, Datuk Seri Aliff pernah membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dengan kontroversi yang boleh merosakkan reputasi diri dan keluarganya. 

Tahun ini, kita melihat dia banyak membuat content yang segar dan tidak terlalu menimbulkan gosip. 

Baru-baru ini, Aliff memuat naik satu video percutian bersama keluarganya di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan satu insiden berlaku terhadap anak ketiganya iaitu Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baim. 




Kelihatan Baim menangis dikelilingi orang ramai kerana dipercayai tangannya terkena sengatan obor-obor ketika bermain di pantai. 

Namun, petugas di pulau tersebut bertindak pantas dengan menyapukan cuka di bahagian jari Baim yang terkena sengatan obor-obor. 

Oleh kerana terlampau takut dan bimbang akan dirinya, Baim telah bertanyakan soalan yang membuat orang ramai tergelak!


Sumber: Tiktok Dato Aliff

Sambil menangis dia bertanya sama ada sengatan itu beracun atau tidak kepada bapanya. Baim juga meneruskan pertanyaan sama ada sengatan ini mampu membunuh manusia.

Namun, apa yang buat orang ramai terhibur adalah respons  Aliff yang begitu santai sehingga netizen memuji ketenangannya ketika menguruskan situasi cemas itu.

“Takdelah, dia boleh putuskan tangan je. Nanti tangan Baim dah takde dah", usiknya.

Mungkin ini cara yang tersendiri Aliff menenangkan anaknya yang beranggapan bahawa sengatan obor-obor itu boleh menyebabkan kematian.


Sumber: Tiktok Dato Aliff

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan jawapan  Aliff. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa anaknya yang seorang ini mempunyai 'banyak akal' kerana macam-macam perkara pernah jadi kepada dirinya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 9-3-2022 04:58 PM
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan jawapan  Aliff. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa anaknya yang seorang ini mempunyai 'banyak akal' kerana macam-macam perkara pernah jadi kepada dirinya.


X abis2 ayat netizen terhibur.
BTW, x yah la bukak thread die ni.
Bukan retis pun.
And, jadahnye mende ni pun leh jadi thread.
Quote missbigrockstar 9-3-2022 05:07 PM
Budak perempuan dalam gambar tu anak bongsu dia ke? Comelnya. Dah besar budak nya.
Quote Kurex 9-3-2022 05:25 PM
Asal ada netizen geram, teruja, terhibur, nampak babybump, memang kena bukak benang ke wahai semua wartawan lahanat?
Quote lattehazelnut 9-3-2022 05:51 PM
Baru tau sapu suka
Sblm ni tau kencing je
Quote Adrif 9-3-2022 09:19 PM
lattehazelnut replied at 9-3-2022 05:51 PM
Baru tau sapu suka
Sblm ni tau kencing je

kan. dulu2 belajar asal kena obor-obor, cepat2 kencing
nasib baik Baim mampu membuka mata semua orang

aku pun baru tau. ingatkan Aliff kencingkan anaknya tadi
Quote kotakominami 9-3-2022 09:51 PM
Comel sungguh anak bongsu die tuh....
Quote Beribear 10-3-2022 01:09 PM
Iolss kena obor2 ambik daun rumput tepi2 pantai tu sapu kat tempat kena sengat tu terus hilang bisa.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081319 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top