CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 7

"Relaks Betul Abah!" - Aliff Syukri Pandai 'Handle' Anak Kena Sengat Obor-obor

[Copy link]
Post time 9-3-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Dato Aliff




Tahun lalu, Datuk Seri Aliff pernah membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dengan kontroversi yang boleh merosakkan reputasi diri dan keluarganya.


Tahun ini, kita melihat dia banyak membuat content yang segar dan tidak terlalu menimbulkan gosip.


Baru-baru ini, Aliff memuat naik satu video percutian bersama keluarganya di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan satu insiden berlaku terhadap anak ketiganya iaitu Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baim.







Kelihatan Baim menangis dikelilingi orang ramai kerana dipercayai tangannya terkena sengatan obor-obor ketika bermain di pantai.


Namun, petugas di pulau tersebut bertindak pantas dengan menyapukan cuka di bahagian jari Baim yang terkena sengatan obor-obor.


Oleh kerana terlampau takut dan bimbang akan dirinya, Baim telah bertanyakan soalan yang membuat orang ramai tergelak!




Sumber: Tiktok Dato Aliff







Sambil menangis dia bertanya sama ada sengatan itu beracun atau tidak kepada bapanya. Baim juga meneruskan pertanyaan sama ada sengatan ini mampu membunuh manusia.


Namun, apa yang buat orang ramai terhibur adalah respons  Aliff yang begitu santai sehingga netizen memuji ketenangannya ketika menguruskan situasi cemas itu.


“Takdelah, dia boleh putuskan tangan je. Nanti tangan Baim dah takde dah", usiknya.


Mungkin ini cara yang tersendiri Aliff menenangkan anaknya yang beranggapan bahawa sengatan obor-obor itu boleh menyebabkan kematian.




Sumber: Tiktok Dato Aliff




Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan jawapan  Aliff. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa anaknya yang seorang ini mempunyai 'banyak akal' kerana macam-macam perkara pernah jadi kepada dirinya.  - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 04:58 PM | Show all posts
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan jawapan  Aliff. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa anaknya yang seorang ini mempunyai 'banyak akal' kerana macam-macam perkara pernah jadi kepada dirinya.


X abis2 ayat netizen terhibur.
BTW, x yah la bukak thread die ni.
Bukan retis pun.
And, jadahnye mende ni pun leh jadi thread.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak perempuan dalam gambar tu anak bongsu dia ke? Comelnya. Dah besar budak nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal ada netizen geram, teruja, terhibur, nampak babybump, memang kena bukak benang ke wahai semua wartawan lahanat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau sapu suka
Sblm ni tau kencing je
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 09:19 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 9-3-2022 05:51 PM
Baru tau sapu suka
Sblm ni tau kencing je

kan. dulu2 belajar asal kena obor-obor, cepat2 kencing
nasib baik Baim mampu membuka mata semua orang

aku pun baru tau. ingatkan Aliff kencingkan anaknya tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel sungguh anak bongsu die tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss kena obor2 ambik daun rumput tepi2 pantai tu sapu kat tempat kena sengat tu terus hilang bisa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036638 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list