|
Apa yang berlaku terhadap Siti Nordiana di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu agak mengecewakan peminat yang mengharapkan penyanyi itu memberikan saingan hebat daripada segi vokal.
Rata-rata tidak percaya penyanyi senior seperti Siti Nordiana, 38, gagal mengawal teknik nyanyian dengan baik ketika menyanyikan lagu Angkara. Kegagalan mengawal isu teknikal itu turut diakui guru vokal Siti Nordiana sendiri iaitu Syafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi. Kata Shafi, kesalahan teknikal terutama ‘pitching’ yang dilakukan anak didiknya itu berpunca daripada kegagalannya mengawal minda.
"Secara teknikal memang banyak kesalahan, sangat ketara. Ada banyak masalah pitching. Pitching adalah frekuensi yang harus bersatu dengan diri... ia ada kaitan dengan permainan fikiran. "Sayangnya masalah sakit tekak dan selsema telah mempengaruhi minda dia ketika di atas pentas," katanya ketika ditemui mStar. Pada AJL36 Ahad lalu, Siti Nordiana yang pertama kali beraksi secara solo di pentas berprestij itu menerusi lagu Angkara ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Nana Alias gagal memberikan persembahan memukau. Bekas juara Gegar Vaganza musim kedua itu kelihatan tidak selesa ketika menyampaikan lagu berkenaan.
|
20 taun ada problem umh tngga nnyi tetap sodap n onzzzz nyah
.. P brguru gn kak jena n tok t
tok t mynyi selsema pn sodap
Janganlah down Nana. Teruskan berkarya, don’t give up. 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.649966 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.