CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5076|Reply: 9

Gagal Kawal Emosi- Siti Nordiana Banyak Masalah Atas Pentas, Punca Pitching Berterabur

[Copy link]
Post time 9-3-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang berlaku terhadap Siti Nordiana di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu agak mengecewakan peminat yang mengharapkan penyanyi itu memberikan saingan hebat daripada segi vokal.


Rata-rata tidak percaya penyanyi senior seperti Siti Nordiana, 38, gagal mengawal teknik nyanyian dengan baik ketika menyanyikan lagu Angkara.


Kegagalan mengawal isu teknikal itu turut diakui guru vokal Siti Nordiana sendiri iaitu Syafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi.




Nana dan Shafi, Foto: mStar Online




Kata Shafi, kesalahan teknikal terutama ‘pitching’ yang dilakukan anak didiknya itu berpunca daripada kegagalannya mengawal minda.


"Secara teknikal memang banyak kesalahan, sangat ketara. Ada banyak masalah pitching. Pitching adalah frekuensi yang harus bersatu dengan diri... ia ada kaitan dengan permainan fikiran.


"Sayangnya masalah sakit tekak dan selsema telah mempengaruhi minda dia ketika di atas pentas," katanya ketika ditemui mStar.


Pada AJL36 Ahad lalu, Siti Nordiana yang pertama kali beraksi secara solo di pentas berprestij itu menerusi lagu Angkara ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Nana Alias gagal memberikan persembahan memukau.


Bekas juara Gegar Vaganza musim kedua itu kelihatan tidak selesa ketika menyampaikan lagu berkenaan.




  



Menjelaskan lanjut tentang masalah yang dihadapi anak didiknya, Shafi bagaimanapun berkata Siti Nordiana bukanlah seorang penyanyi yang sering berdepan masalah sumbang.


Namun kegagalan mengawal tekanan menyebabkan Siti Nordiana melakukan masalah berkenaan.


"Dia bukan penyanyi yang sikit-sikit sumbang... dia tak ada masalah tu. Tapi penyanyi kita lemah kawal stress belakang pentas, lemah kawal anxiety sebelum naik pentas.


"Kesian kan? Nak menangis pun ada... saya rasa apa yang dia rasa.


"Muka dia nampak tak best di atas pentas, mood down. Dia nampak kecewa kerana dia tahu dia salah," katanya lagi.


Tambah Shafi, Siti Nordiana berdepan masalah kesihatan dipercayai akibat latihan menjelang malam kemuncak AJL36.


"Dia tak minum ais, dia memang jaga suara... jaga tidur dia. Tapi masalah sakit tekak dan selsema itu berlarutan.


"Apabila saya buat kelas dengan dia pada Jumaat dan Sabtu, dia tak nak push sangat. Dia kata sakit tekak.


"Sebagai guru saya cuba cari solusi. Sehinggalah pada Sabtu keadaan dia agak bahaya untuk menyanyi tambahan pula dengan mindset dia yang tak stabil.


"Sehingga ketika dia tengah makeup pun saya call sebab nak tengok muka dia. Saya tanya okey ke tidak, dia jawab dengan intonasi yang menurun," katanya.


Dalam pada itu Shafi berharap masalah yang dihadapi Siti Nordiana itu dapat dijadikan pengajaran untuknya pada masa depan.


"Bagus terjadinya benda (masalah) ni, jadi pengalaman dan pengajaran supaya dia upgrade. Jika tidak, tak ada ruang pembentukan diri.


"Saya harap dia sedar dan move on. Sudah pasti dengan semangat nak move on, dia pasti boleh," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 04:10 PM | Show all posts
Betul kata2 cikgu tu.  Kalau tak gagal, takde ruang utk pembentukan diri.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon nana p cedok ilmu gn kak jena 20 taun ada problem umh tngga nnyi tetap sodap n onzzzz nyah.. P brguru gn kak jena n tok t tok t mynyi selsema pn sodap
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Meski sumbang gigih juga ulang2 kat youtube. Ternyata sumbang mambang ya. Janganlah down Nana. Teruskan berkarya, don’t give up.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 08:01 PM | Show all posts
akibat saman kawankawan kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe ade internal issue smpai dis x leh kawal emosi sebb dia bukn penyanyi bbnu kalo maslh kesihtan x leg kawal semoga baik2 saja buat nana dn family
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni down bukan sebab kurang sihat je ni mesti ada masalah peribadi lain. Tokto juga steady yach baik muda ke berusia ke panas terik hujan badai.. kita lalui.. bersama…
Kuat betul mental tokti. Even penyanyi senior pun memang akan ada stage anxiety kan walaupun nampak macam relaks. In fact sebab deme senior la lagi tertekan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:11 PM | Show all posts
agak2 kalo kaknab yang gantikan heshe time malam final tu bakalan lagi ok ke lagi hauk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 12:23 AM | Show all posts
habislah kena mendrem dgn 4 sekawan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kusamnya muka nana ni..sakit kot..lagi suka zmn dia duet dgn acik dulu..ms tu kebabom je style dia dgn lagu2 yg catchy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037141 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list