Pengarah dan penerbit terkemuka tanah air, Aziz M Osman, 60, seakan-akan memberi petanda bahawa kemungkinan selepas ini enggan lagi menghasilkan karya drama mahupun telefilem berkisarkan perihal cinta semata-mata.
“Tak minat lagi buat cerita tentang keluarga rebut cinta, rebut harta. Nak buat cerita rakyat. “Ajar rakyat cara buang sampah dengan betul, beretika ketika guna jalan raya, tidak menilai manusia dari ‘kulit luaran’. Tetapi, rasanya ada tak orang nak tengok cerita macam itu?” katanya. Aziz berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya semalam.
Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, hantaran yang dibuat Aziz itu menerima ribuan komen dan tanda suka daripada pengikut dan peminatnya. Rata-rata menyifatkan, pertanyaan dan cadangan pengarah filem XXRay itu sebagai satu idea yang menarik dan wajar dilaksanakan. Dalam pada itu, antara rakan artis yang dilihat turut menyatakan sokongan terhadap cadangan Aziz itu termasuk Datuk Afdlin Shauki, Jihan Muse dan Ilya Buang. Sumber: Utusan
|
balakkampung replied at 10-3-2022 07:55 AM
abg ajis..tolong buat balik telemovie komedi macam toll gate girl tu..tak jemu nengoknya..
scrocth replied at 9-3-2022 04:55 PM
Satu yg best psl abg long ajis pny falsafah sbg tuan direktor ni, dia xsuka ambik pelakon2 method yg ...
holothurian replied at 10-3-2022 08:53 AM
omg,suka gila toll gate girl.. tengok masa raya waktu malam2.. rindunyaaaa...
scrocth replied at 9-3-2022 04:55 PM
Satu yg best psl abg long ajis pny falsafah sbg tuan direktor ni, dia xsuka ambik pelakon2 method yg ...
Belibis replied at 9-3-2022 03:47 PM
Ko buat la macam filem tamil.kritik gomen,polis,..baru sedap tengok.
holothurian replied at 10-3-2022 08:53 AM
omg,suka gila toll gate girl.. tengok masa raya waktu malam2.. rindunyaaaa...
scrocth replied at 9-3-2022 04:49 PM
Dia ni lg lejen dr mamat khalid tp zaman dia peak terlebih awal dr zaman media sosial. Dia dh buat s ...
balakkampung replied at 10-3-2022 07:55 AM
abg ajis..tolong buat balik telemovie komedi macam toll gate girl tu..tak jemu nengoknya..
ADVERTISEMENT