View: 3715|Reply: 53
|
Aziz M Osman Dah Tak Minat Buat Cerita Rebut Cinta, Rebut Harta
[Copy link]
|
|
Pengarah dan penerbit terkemuka tanah air, Aziz M Osman, 60, seakan-akan memberi petanda bahawa kemungkinan selepas ini enggan lagi menghasilkan karya drama mahupun telefilem berkisarkan perihal cinta semata-mata.
“Tak minat lagi buat cerita tentang keluarga rebut cinta, rebut harta. Nak buat cerita rakyat.
“Ajar rakyat cara buang sampah dengan betul, beretika ketika guna jalan raya, tidak menilai manusia dari ‘kulit luaran’. Tetapi, rasanya ada tak orang nak tengok cerita macam itu?” katanya.
Aziz berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya semalam.
Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, hantaran yang dibuat Aziz itu menerima ribuan komen dan tanda suka daripada pengikut dan peminatnya.
Rata-rata menyifatkan, pertanyaan dan cadangan pengarah filem XXRay itu sebagai satu idea yang menarik dan wajar dilaksanakan.
Kredit foto: IG Aziz
Dalam pada itu, antara rakan artis yang dilihat turut menyatakan sokongan terhadap cadangan Aziz itu termasuk Datuk Afdlin Shauki, Jihan Muse dan Ilya Buang.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal Penganti abang mamat khalid |
|
|
|
|
|
|
|
Ko buat la macam filem tamil.kritik gomen,polis,..baru sedap tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lg lejen dr mamat khalid tp zaman dia peak terlebih awal dr zaman media sosial. Dia dh buat semua kritikan sosial dlm filem fenomena (pertembungan budaya timur dan barat), puteri impian (hiruk pikuk kehidupan marhaen vs kehidupan senang golongan kayangan + sepak terajang industri penyiaran), femina (sindiran utk puak2 liberal feminist yang menafikan fitrah manusia), baginda (kritikan sosial tentang pandangan skeptikal masyarakat ttg isu pendidikan di sekolah2 picisan).
Baru2 ni layan filem scoop (1996) lakonan hans isaac, haliza misbun, azman abu hassan ngn irene santiago dkt astro go, another underrated masterpiece by abang long ajis, dia pny kritikan ttg skandal rasuah org ternama ni melampaui zaman, wpn filem bajet rendah tp isi cerita tu mmg mcm apa yg blaku skrg, lebih 25 tahun kemudian ni yach! Heshe sepatutnya dpt anugerah tan sri terus, bkn sekadar datuk ja dr pemerintah. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu yg best psl abg long ajis pny falsafah sbg tuan direktor ni, dia xsuka ambik pelakon2 method yg tbawak2 mood bangsawan dlm lakonan. Lebih kurang mcm tulah dia cita dlm interview dgn dj nazz gegar haritu. Terus meols recap yg dia xpnh ambik ogy blakon filem dia kecuali plg last - azura 2012, tu pn sbb nak ambik gimik original watak azura tu ja. Sebaliknya dia prefer pakai pelakon2 so called kayu dan baru2. ramona, amy mastura, nora danish, maya karin, zahnita, jeslina hashim semua adalah org baru dan mentah ms dia ambik dorg tu blakon dlm movie2 dia. Reasonnya cukup mudah, filem adalah cerminan realiti kehidupan seharian masyarakat, seharusnya cara penyampaian lakonan pun perlu dibuat sehabis natural dan mcm kita lalui hari2 biasa dalam kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
abg ajis..tolong buat balik telemovie komedi macam toll gate girl tu..tak jemu nengoknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
balakkampung replied at 10-3-2022 07:55 AM
abg ajis..tolong buat balik telemovie komedi macam toll gate girl tu..tak jemu nengoknya..
omg,suka gila toll gate girl.. tengok masa raya waktu malam2.. rindunyaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah cerita dia rasa dekat bila tengok dan ingat
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...best lakonan semua pelakon..
|
|
|
|
|
|
|
|
He should, ikut tract record memang filem-filem Aziz tak klise. Memang ada element cinta tapi bukan acuan anak papa Datuk Megah Holdings.
Kecuali remake Azura tu ajelah yang rasa tak best.
Untuk orang yang berfikir, ya, cerita Aziz ada kritikan sosial.
Bagi yang malas berfikir pulak, menonton filem Mamat Khalid hanyalah untuk ketawa dan berhibur. |
|
|
|
|
|
|
|
suka dan sangat bersetuju dengan pandangan ni.
memang cerita dia best-best, tak payah compare dengan lagi dua tu.
jauh bertiang dia pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
filem senario pun dr dia jgk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku sebagai penggemar pilem tamil turut bersetuju
kisah reality kehidupan
|
|
|
|
|
|
|
|
holothurian replied at 10-3-2022 08:53 AM
omg,suka gila toll gate girl.. tengok masa raya waktu malam2.. rindunyaaaa...
Alamak u cakap macam ni terus mengimbau kenangan waktu raya tengok cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
semua ni start dari drama rtm lah …dram PJ holdings tu …inspired by drama Dallas …. |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 9-3-2022 04:49 PM
Dia ni lg lejen dr mamat khalid tp zaman dia peak terlebih awal dr zaman media sosial. Dia dh buat s ...
i like your comments
mmg film2 bang ajis ada soul
mcm film Idola, kisah si akak yg terlalu kongkong hidup si adik smpi adik jd rebel dan liar
film Trauma , kisah psiko balas dendam sbb laki mati kene eksiden langgar lari
film Bintang Hati, kisah penipuan dlm industri hiburan.kita memuja2 bintang hindustan konon nyanyi sedap.padahal guna suara org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
I suka filem dia lagi lagi senario. Kritik masyarakat melayi khususnya pasal dengki dalam berniaga, sikap pekerja yang melompat lompat syarikat, dalam masa yang sama macam mana orang berniaga dengan modal yang kecik, jual benda yang sama, lepas tu merungut bila adanya persaingan. Mencerminkan minda so called peniaga tapi produk terhad. |
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena adalah his masterpiece.
Masa tu abg long baru awal 20an kan... |
|
|
|
|
|
|
|
balakkampung replied at 10-3-2022 07:55 AM
abg ajis..tolong buat balik telemovie komedi macam toll gate girl tu..tak jemu nengoknya..
Yang tu osman ali tuan direktor nya. Penerbit dia tiara jacquelina |
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 10-3-2022 11:11 AM
I suka filem dia lagi lagi senario. Kritik masyarakat melayi khususnya pasal dengki dalam berniaga, ...
Abang long pny vision dalam dunia sinema malaysia ternyata way ahead of time! |
|
|
|
|
|
|
| |
|