Susulan nama digugurkan daripada program Mic On!, pengacara Azwan Ali mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak AwesomeTV.
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. "Tiada surat rasmi diberikan kepada saya. Saya hanya tahu nama digugurkan daripada program itu selepas berita keluar di media. "Kenapa keluarkan press release tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu? Memang saya ada jawab panggilan daripada Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak sekitar pukul 3.30 petang semalam.
"Tapi waktu itu, saya dalam keadaan mamai, baru bangun tidur sebab makan ubat, tak berapa sihat. Saya tak marah Johan tapi ada salah seorang pengurusan yang bersikap kurang ajar dengan saya. "Memang ada beberapa panggilan daripada pihak pengurusan tapi kalau saya tak jawab, kenapa tak mesej saja di WhatsApp?" katanya kepada mStar. Menerusi laporan mStar pada Selasa, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut. Dalam pada itu, pengacara sensasi ini turut memberitahu dia sebenarnya sudah tawar hati untuk meneruskan tugasnya sejak minggu lalu. "Ikutkan saya memang dah give up nak buat program itu dari minggu lepas. Bila hati dah retak sebab benda seolah-olah nama besar Diva AA diperlekehkan untuk rating. "Mesti pihak mereka menafikan tapi itulah hakikatnya. Saya dalam bidang ini sudah lebih 33 tahun, bukan kemasyuran yang saya cari. "Yang saya cari, bekerja dengan produksi yang hebat, hormat satu sama lain dan tidak mempergunakan saya," ujarnya. Sementara itu, Azwan turut menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya. "Saya tetap akan tuntut bayaran yang sepatutnya. Jangan jadi seperti tahun lalu, saya seperti minta sedekah untuk dapatkan baki bayaran. "Bagi saya, jumlah bayaran itu tak penting. Tapi kedarat orang dah kikis, tolong bayar. Selain itu, saya tuntut pihak mereka untuk 'shut up'! "Kalau mereka masih mengeluarkan kenyataan, saya akan ambil tindakan. Sekarang ini, saya sudah berbincang dengan peguam untuk saman kenyataan mereka yang mengaibkan saya," katanya. -CARI Sumber: mStar Online
|
mojarean_X replied at 9-3-2022 01:24 PM
Sabar Dibah...sementara tunggu payment Dibah curr curr dulu kt Pavillion sambil pekena coffee kt cof ...
September14 replied at 9-3-2022 08:41 AM
Dia ni, mummy dgn mike ang tu xyh amek la masuk tv.. aku tgk pun mnymph mulut diorg tu faham2 mcm ap ...
ADVERTISEMENT