CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2754|Reply: 17

Azwan Ali Tuntut Baki Bayaran, Tak Hadap Diperlakukan Macam Peminta Sedekah

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Susulan nama digugurkan daripada program Mic On!, pengacara Azwan Ali mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak AwesomeTV.


Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.


Foto: IG




"Tiada surat rasmi diberikan kepada saya. Saya hanya tahu nama digugurkan daripada program itu selepas berita keluar di media.


"Kenapa keluarkan press release tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu? Memang saya ada jawab panggilan daripada Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak sekitar pukul 3.30 petang semalam.


"Tapi waktu itu, saya dalam keadaan mamai, baru bangun tidur sebab makan ubat, tak berapa sihat. Saya tak marah Johan tapi ada salah seorang pengurusan yang bersikap kurang ajar dengan saya.


"Memang ada beberapa panggilan daripada pihak pengurusan tapi kalau saya tak jawab, kenapa tak mesej saja di WhatsApp?" katanya kepada mStar.


Menerusi laporan mStar pada Selasa, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.


Dalam pada itu, pengacara sensasi ini turut memberitahu dia sebenarnya sudah tawar hati untuk meneruskan tugasnya sejak minggu lalu.










"Ikutkan saya memang dah give up nak buat program itu dari minggu lepas. Bila hati dah retak sebab benda seolah-olah nama besar Diva AA diperlekehkan untuk rating.


"Mesti pihak mereka menafikan tapi itulah hakikatnya. Saya dalam bidang ini sudah lebih 33 tahun, bukan kemasyuran yang saya cari.


"Yang saya cari, bekerja dengan produksi yang hebat, hormat satu sama lain dan tidak mempergunakan saya," ujarnya.


Sementara itu, Azwan turut menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya.


"Saya tetap akan tuntut bayaran yang sepatutnya. Jangan jadi seperti tahun lalu, saya seperti minta sedekah untuk dapatkan baki bayaran.


"Bagi saya, jumlah bayaran itu tak penting. Tapi kedarat orang dah kikis, tolong bayar. Selain itu, saya tuntut pihak mereka untuk 'shut up'!


"Kalau mereka masih mengeluarkan kenyataan, saya akan ambil tindakan. Sekarang ini, saya sudah berbincang dengan peguam untuk saman kenyataan mereka yang mengaibkan saya," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bula baca artike dkt forum ni nmpk mcm berhemah sgt kan ayat2 dia.. kalo tgk intebiu live dia mmg dok memaki hamun je la tone dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar Dibah...sementara tunggu payment Dibah curr curr dulu kt Pavillion sambil pekena coffee kt coffee bean ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:15 PM | Show all posts
dah sakit2 tu penghapus dosa kecil katanyehhhh....
nama besar apoooo  setakat penerbit rancangan laghaaaa 30-40 tahun lepas takdela org teringat2 ponnn hannnnj
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar la dibahhh
I tak tgk pon ranc tu hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:27 PM | Show all posts
ada la tu isu nya.. awsome pn.. bayar je la.. daripada ko kna berbakul2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jiwakacau06 at 9-3-2022 02:38 PM

kalau bos bsr yg turun pdg call...mmg isu besar la kn..
i xcaya la call xjwb ni kn nk tgk wasap...ntah2 siap block lg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:04 PM | Show all posts
Kalau iols jadi Dibah Dabel A ni, iols diam je taknak cakap nak tuntut duit baki bayaran tu sebab dah claim duit berkepok-kepok, rumah depan KLCC. Iols akan cakap eleh..Iols pun join jadi host pun sebab nak isi masa lapang jer. Waiboder..Waiboder..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tgk program tu sbb mummy lahanat yg jd juri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:25 PM | Show all posts
Bapok Binatang ni hidop dalam berangan je lah dia masih top top meletop sebagai host...padahal dah selamanya bottom tersangkakkkk tersungkur lama dah...itupun ada yang sudi kutip bapok HIV tangan kaki kudis2 ni jadi host program sendu... kau ingat semua orang kau boleh langgar...sah sah masalah perangai hanjeng kau orang malas nak layan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:34 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 9-3-2022 01:24 PM
Sabar Dibah...sementara tunggu payment Dibah curr curr dulu kt Pavillion sambil pekena coffee kt cof ...

Bangsar Village aja uoollsss...
lepak kat coffee beans jer skrg uollsss....

starb*cks dislike.. dislike...
hahahha....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pun mula  melahar balik

Siap popcorn pasal tentu ada bakalan sambubgan episod dibah ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni, mummy dgn mike ang tu xyh amek la masuk tv.. aku tgk pun mnymph mulut diorg tu faham2 mcm apa kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mn boleh terfikir nak ambik dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Diva AA dipergunakan

Kalau x sebab kees dgn dia ni haram aku xtau rancangan apa tu..

Kesian jugak kat org gini..
Org sedap2 menunggang untuk kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
baru ni iols tertengok ajl tahun 89 AA ni mengacara adoii lain sangat penampilan dengan yg sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 11:05 PM | Show all posts
September14 replied at 9-3-2022 08:41 AM
Dia ni, mummy dgn mike ang tu xyh amek la masuk tv.. aku tgk pun mnymph mulut diorg tu faham2 mcm ap ...

macam noreen

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 09:07 PM | Show all posts
Edited by nolya at 10-3-2022 09:10 PM

Sbg seorang selebriti yg berpengalaman dlm industri hiburan dn pengacaraan, sepatutnya AA peka disiplin, perilaku, lebih2 lagi jaga mulut.  Bekerja dibawah naungan orang, kenalah patuh kpd aturan dn bukan boleh suka2 orang pula kena ikut aturan AA. Apapun perkara dah terjadi dn hal spt itu tentu mencalarkan namabaik dn kredibiliti AA sbg anak seni yg berbakat. Sayang bakat ada tapi sahsiah tak dijaga. Lepas ni tv mane aje yg nak kontrakkan khidmatnya...TV3?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
hell0jennieFazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
Views : 32485 Replies : 216
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 70362 Replies : 600
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 29503 Replies : 51
jangan duduk sini lama lama, kalau hendak duduk pergi kedai mamak dekat belakang...Wanita bengang kakitangan Mcd pesan jangan duduk lama lama di Mcd
YgBenarjangan duduk sini lama lama, kalau henda
Views : 36298 Replies : 107
Salur pernafasan Tun M dijangkiti kuman
pengecattaikSalur pernafasan Tun M dijangkiti kuman
Views : 8439 Replies : 2
Pelbagai 'ubat-ubatan' ditemui dalam bilik Liam Payne
maklukpenggodaPelbagai 'ubat-ubatan' ditemui d
Views : 14738 Replies : 2
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107666 Replies : 6294
Terlebih 'feeling', kau level Fattah Amin ke dik?
maklukpenggodaTerlebih 'feeling', kau level Fa
Views : 11538 Replies : 5
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19237 Replies : 32
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 12331 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044821 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list