Tekanan dan kondisi kesihatan kurang baik menyebabkan peserta program Big Stage 2022, Ajoi Zainal dikejarkan ke hospital selepas konsert minggu keempat pada 27 Februari lalu.
Berkongsi insiden tidak dijangka selepas persembahan pada malam berkenaan, Ajoi, 23, berkata dia tiba-tiba diserang panik dan lemah badan. "Pada malam itu saya kurang sihat, tak cukup tenaga dan doktor kata over practice... itulah yang menyebabkan saya pitam selepas konsert itu. Saya punya tekanan darah pun tinggi semasa kejadian. "Ramai kata serangan anxiety tapi saya tak pernah ada penyakit itu dan inilah kali pertama berlaku. Jadi saya pun tak tahu adakah ini anxiety atau panic attack.
"Selepas pitam itu saya pun tak sedar apa dan hanya berehat di rumah untuk kumpulkan semula tenaga," katanya kepada mStar. Ajoi ditemui sejurus konsert minggu kelima Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Ahad lalu. Pada 27 Februari lalu, Ajoi pitam di belakang pentas selepas membuat persembahan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Menurut pengurusnya iaitu Aidil, Ajoi mengalami masalah kesihatan dan kurang sihat. Sementara itu, Ajoi memberitahu dia berehat selama seminggu dan meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya kini semakin baik.
|
kakigojes: Mesti lagi sedih kan bila dia ...
ADVERTISEMENT