View: 1110|Reply: 7
|
Alami Tekanan, Seminggu Ajoi Zainal Tak Sentuh Telefon Lepas Pitam Di Big Stage 2022
[Copy link]
|
|
Tekanan dan kondisi kesihatan kurang baik menyebabkan peserta program Big Stage 2022, Ajoi Zainal dikejarkan ke hospital selepas konsert minggu keempat pada 27 Februari lalu.
Berkongsi insiden tidak dijangka selepas persembahan pada malam berkenaan, Ajoi, 23, berkata dia tiba-tiba diserang panik dan lemah badan.
Foto: IG
"ada malam itu saya kurang sihat, tak cukup tenaga dan doktor kata over practice... itulah yang menyebabkan saya pitam selepas konsert itu. Saya punya tekanan darah pun tinggi semasa kejadian.
"Ramai kata serangan anxiety tapi saya tak pernah ada penyakit itu dan inilah kali pertama berlaku. Jadi saya pun tak tahu adakah ini anxiety atau panic attack.
"Selepas pitam itu saya pun tak sedar apa dan hanya berehat di rumah untuk kumpulkan semula tenaga," katanya kepada mStar.
Ajoi ditemui sejurus konsert minggu kelima Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Ahad lalu.
Foto: mStar
Pada 27 Februari lalu, Ajoi pitam di belakang pentas selepas membuat persembahan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Menurut pengurusnya iaitu Aidil, Ajoi mengalami masalah kesihatan dan kurang sihat.
Sementara itu, Ajoi memberitahu dia berehat selama seminggu dan meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya kini semakin baik.
"Alhamdulillah minggu ni saya dah okay. Saya berehat dari Ahad sampai la hari konsert kelima ini. Selama seminggu saya tak pegang telefon, hanya duduk berehat di rumah untuk kembalikan semula tenaga saya.
"Ya saya akui saya tak boleh tertekan dan senang tertekan. Menyertai program ini dari minggu pertama lagi memberikan tekanan dengan pelbagai cabaran.
"Ditambah pula masalah peribadi melibatkan keluarga dan hal lain-lain, itu membuatkan saya jadi tertekan, apa yang boleh saya lakukan sekarang ini ialah menjadi lebih tenang," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Seboleh2nya klu masuk Apa2 pertandingan, jgn campur aduk personal.. Semua org ada tekanan masing2..
Apapon semoga bertambah sihat, fizikal & mental |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lagi sedih kan bila dia baca forum orang kata, “aik, over praktis ke? Nyanyi tak best pun” |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes: Mesti lagi sedih kan bila dia ... menangis tepi bucu katil Ajoi baca |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk pertandingan memang tekanan. Kena lebih tenang dan work smart |
|
|
|
|
|
|
|
chuols tak fit jadi penyanyi kalau nak perform 5 minit jah pun siap pengsan2... ala2 baby shima dolu...
carik je la career lain yach.... choyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Ala2 Euphoria sgt bdk2 zaman skrg 'anxiety, panic attack, depression, penyakit ain'... Tu je duk ulang |
|
|
|
|
|
|
|
Suara jantan hbs
Tp gaya .... very the kelempsss
Embrace je dek
Dulik lh juri nk lbh masculine ke ape
This is me gitu
Take it or leave it
|
|
|
|
|
|
|
| |
|